Monday, June 25, 2012

tak sabar nak balik rumah

29 hb 6 ni i nak balik umah. hehe dah tak lama dah.
mak cakap udang ikan dah naik banyak. tak sabar nak makan mkanan segar dari laut. btuah jugak sebenarnya jadi anak nelayan ni...
sedap tau makan maggi masak sendiri ni...


yang ni gambar udang n petai yg tak masak lg le.. nk wt sambal petai n udang.. favorite i ni..hehe

ni pulak gambar gulai ketam.. emmm...

yg ni plak air nira nipah. pernah minum tak? sedap tau. rugi kalau tak minum.

11 golongan yg didoakan malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam.

Thursday, June 21, 2012





Cara-cara untuk melembutkan hati mengikut kaedah ISLAM
Kita kadang kala ada masalah dalam melembutkan hati orang lain mahu pun hati kita sendiri.. sedarkah kite sebenarnya Islam telah pun menyediakan jalan keluar dalam setiap permasalahan? sesungguhnya hati yg lembut mudah dilekati IMAN.

Untuk itu, beberapa nasihat berikut patut kita renungi bersama dalam usaha kita untuk melembutkan hati. Kita hendaklah sentiasa:

1. Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat.

2. Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti diminta pertanggungjawabannya.

3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syaitan.

4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita.

5. Takut akan balasan seksa yang segera di dunia, kerana maksiat yang kita lakukan.

6. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.

7. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

8. Takut akan azab di alam kubur.

9. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan.

10. Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam dari pedang.

11. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.

12. Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita.

13. Takut tidak diterima amalan-amalan kita.

14. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan kita sendiri.

15. Kekhuatiran kita menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada hari timbangan ditegakkan.

16. Sembunyikanlah amal-amal kita dari riya' ke dalam hati, kerana terkadang riya' itu memasuki hati kita, sedang kita tidak merasakannya. Hasan Al Basri rahimahullah pernah berkata kepada dirinya sendiri. "Berbicaralah engkau wahai diri. Dengan ucapan orang soleh, yang qanaah lagi ahli ibadah. Dan engkau melaksanakan amal orang fasik dan riya'. Demi Allah, ini bukan sifat orang mukhlis".
17. Ketahuilah bahwa amal soleh dengan keistiqomahan jauh lebih disukai Allah daripada amal soleh yang banyak tetapi tidak istiqomah dengan tetap melakukan dosa.

18. Setiap kali kita mendengar kematian seseorang maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat. Dan jika kita menyaksikan jenazah maka bayangkanlah jika kita yang sedang diusung.

19.jangan menyatakan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita tetap mengumpul-ngumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikit pun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal tidak pernah ingat akan mati.

20. Ingatlah bahwa kita sangat tidak kuat menghadapi cubaan dunia. Lantas apakah kita sanggup menghadapi panasnya jahannam?

Saturday, June 16, 2012

Doa Qunut


doa pembuka 12 pintu


kubur

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali 

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



Saturday, June 2, 2012

istikharah cinta


mula dgar lgu ni kat blog kawan. mula2 x brapa minat tp bila dah slalu dgar. adess best la plak. hehehe

Monday, May 28, 2012

latihan ilmiah

ya Allah jauhkanlah aku drpd sifat mlas ya Allah.
ssah tol klau da mslah msti rasa mudah panas. mudah sgt nk marah2. ada ja yg x btol. emmm... sabar la wahai ati. jgn mudah ikut prasaan panas 2. xdpt pa pon. mmburukkan lg keadaan ada la. sabar la....
cari ketenangan dgn agama. bukan dgn hiburan... hiburan x kemana.  :(

Wednesday, May 23, 2012

Ubat malaria palsu berleluasa di Asia Tenggara

~ adess... kalau ubat pun palsu, dah tak boleh nak cakap apa dah. teruk la kalau negara kita pon banyak juga ubat palsu.  bila la pesakit nak cepat sembuh kalau macam ni?
tolong la... tak tau dah apa lagi nak jadi dengan dunia ni. banyak sangat palsu dan penipuan.  :(



Berita Harian Online | Ubat malaria palsu berleluasa di Asia Tenggara


2012/05/23

PARIS: Lebih satu pertiga daripada ubat malaria yang diperiksa saintis di Asia Tenggara didapati palsu manakala jenis yang hampir sama dianalisis di Afrika didapati di bawah standard, kata sekumpulan doktor yang memberi amaran semalam. 

“Penemuan ini adalah satu ingatan menuntut satu siri campur tangan untuk memastikan yang lebih baik dan membasmi kedua-dua pengeluaran palsu dan pembuatan yang lemah membabitkan dadah anti malaria,” kata Joel Breman dari Fogarty International Center di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH).
Berdasarkan kajian dan penerbitan, penyelidik mendapati bahawa tujuh negara Asia Tenggara iaitu kira-kira 36 peratus daripada 1,437 sampel membabitkan lima kategori ubat didapati adalah palsu.
Sebanyak 30 peratus sampel didapati gagal dalam ujian bahan farmaseutikal. 

Sebanyak 20 peratus atau lebih 2,500 sampel yang diuji di 21 negara sub-Sahara membabitkan enam kelas ubat didapati palsu manakala 35 peratus adalah di bawah norma farmaseutikal. 

Ubatan sub-standard adalah satu masalah besar dalam memerangi malaria, sejenis penyakit yang membunuh 655,000 orang pada 2010, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Kebanyakan ubat yang didapati palsu atau lemah pengeluarannya adalah artemisin derivatives, kata kajian itu. 
Kajian mengatakan bahawa ada banyak punca kepada masalah ini, bermula daripada preskripsi ubat sendiri semakin meluas sehingga kepada kurangnya kawalan untuk memantau kualiti ubat dan mendakwa pengeluar ubat palsu. 

Bulan lalu, Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan di Universiti Washington di Seattle melaporkan bahawa artemisin-resistant malaria yang pertama kali dikesan di Kemboja pada 2006 turut merebak ke sempadan Thailand-Myanmar sejauh 800 km. – AFP



Saturday, May 12, 2012

Jasa Bonda



hargailah jasa ibu anda... bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu... sedih tol dengar lagu ni. huhuhu

Pembelajaran Bahasa

Pembelajaran bahasa lebih kepada bahasa kedua dan bahasa asing. Pembelajaran bahasa biasanya menggunakan proses formal iaitu terdapat guru dan murid. Pembelajaran bahasa kedua kebanyakan ditetapkan oleh kerajaan. 


Bahasa kedua boleh menjadi bahasa asing jika tidak terdapat penggunaan bahasa kedua di persekitaran. Pelajar akan menunjukkan kemajuan jika diberi peluang untuk menghasilkan output. Maklum balas dan interaksi yang diberikan oleh pelajar dapat membantu pendidik untuk mengetahui sejauh mana penguasaan pembelajaran pelajarnya. Unsur rundingan dan penyusunan semula boleh dilakukan oleh pendidik dalam membantu pelajar untuk mempelajari bahasa. 


Jangka masa kritikal juga dikatakan turut memberi kesan kepada pemerolehan bahasa kedua atau bahasa asing ini. Jangka masa kritikal dikatakan satu jangka masa dimana bahasa boleh diperoleh dengan lebih mudah. Jangka masa kritikal dianggarkan akan berakhir apabila seseorang mencapai akhil baligh. Namun begitu ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing selepas masa kritikalnya.

Tindakan Hasil Pembelajaran

Pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing tidaklah semudah pemerolehan bahasa pertama. Oleh itu keinginan, daya usaha seseorang penting dalam mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing ini. 


Faktor jangka masa kritikal tidak boleh dijadikan alasan dalam mempelajari bahasa kedua bagi kita yang  sudah melepasi masa kritikal. Hal ini kerana jika ada minat dan kesungguhan dalam belajar kita pasti boleh mempelajari dan menguasai bahasa kedua dengan baik walaupun mungkin tidak mampu untuk menyebut atau membunyikan sesuatu sebutan seperti penutur asalnya. 


Selagi ada usaha sesiapa sahaja boleh mempelajari bahasa asing. Sedangkan seseorang yang tidak boleh bertutur masih boleh mempelajari bahasa asing inikan pula kita yang memiliki lima pancaindera yang baik.    

EGM jadi pentas hentam kerajaan

Berita Harian Online | EGM jadi pentas hentam kerajaan


kalau peguam yg ramai pon sokong bersih so fikir sendiri leee... sapa yg bersalah sbnarnya. 




EGM jadi pentas hentam kerajaan

Oleh Norhashimah Mohd Radzali dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2012/05/12

AMBIGA  SREENEVASAN turut menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Peguam Malaysia yang dihadiri 800 ahlinya di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
AMBIGA SREENEVASAN turut menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Peguam Malaysia yang dihadiri 800 ahlinya di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Sekumpulan peguam bantah usul, resolusi letakkan kesalahan kepada polis

KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Badan Peguam Malaysia yang berlangsung secara tertutup semalam, bagi membincangkan perhimpunan BERSIH 3.0 selain meluluskan 12 resolusi dilihat sebagai pentas menghentam kerajaan dan pasukan polis.
Sehubungan itu, sekumpulan peguam yang menghadiri EGM terbabit, membantah resolusi berkenaan selain menganggap adalah tidak adil untuk badan itu meletakkan semua kesalahan di bahu polis.
Peguam Abu Backer Sidek, berkata beliau secara peribadi melihat EGM itu sebagai satu pentas yang lebih menjurus kepada perbincangan menghentam kerajaan dan pasukan polis yang bertugas pada perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

“Saya tidak setuju langsung dengan senarai usul yang dikemukakan dalam EGM itu yang seolah-olah meletakkan semua kesalahan di bahu polis sebaliknya pasukan keselamatan itu turut dikasari oleh peserta perhimpunan, ” katanya ketika ditemui selepas EGM.

Peguam Nordin Yusoff berkata, beliau berpendapat keputusan yang dicapai pada EGM berkenaan bukannya mewakili kira-kira 15,000 ahli badan peguam di seluruh negara.

“Saya kecewa dengan EGM hari ini (semalam) kerana berpendapat badan berkenaan seharusnya bersikap berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana pihak tetapi di sini seolah-olah ada yang menyokong pembangkang, ” katanya. 
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, kehadiran 1,270 ahli pada EGM berkenaan menunjukkan mereka serius terhadap persekitaran yang berlaku pada perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada EGM itu, 939 ahli menyokong 12 usul yang dikemukakan, manakala 16 orang membantah.

Terdahulu, EGM yang bermesyuarat selama tiga jam itu antara lain menyuarakan kebimbangan dan mengecam penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, rambang dan salah oleh pihak polis terhadap peserta perhimpunan.

Badan itu juga meminta polis mengenal pasti dan menyerahkan anggotanya yang terbabit dalam salah laku dan mencederakan orang awam, pengamal media dan peguam, untuk pendakwaan.

Selain meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf bagi tindakan polis ketika perhimpunan itu termasuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata, selain turut meminta maaf kepada orang awam, pengamal media serta peguam yang dikasari dan dipukul polis.

Saturday, April 28, 2012

laptop Makin Nipis

Berita Harian Online | Makin Nipis . 

Makin Nipis

oleh Zef Othman

2012/03/02

pix_gal0
MAHUKAN komputer notebook nipis yang menepati keperluan anda untuk dibawa ke mana saja, dilengkapi sistem berprestasi tinggi? 

Toshiba Portege siri Z830 adalah jawapannya.
Dilancarkan pada penghujung 2011, Z830 adalah sistem ultrabook Toshiba terbaru yang dilengkapi prosesor Intel Core generasi kedua.
Keupayaan Toshiba membangunkan produk seberat 1.12 kilogram dan setebal 15.9 milimeter sesuatu yang dinantikan pengguna segmen perniagaan atau pelajar yang sentiasa bergerak. 

Rekaannya bukan sekadar nipis dan ringan, Z830 dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi, aloi magnesium bagi memastikan ia ringan. 

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa rekaan berasaskan ciri ‘Honeycomb Rib’ dan struktur dalaman baru yang mampu menawarkan aspek keselamatan menerusi penyerapan gegaran. 

Teknologi EasyGuard Toshiba pula direka bagi menepati ciri keselamatan, kebergantungan dan kukuh yang sering menjadi isu utama di kalangan pengguna. 
Sementara itu, dari segi prestasi Z830 didatangkan dengan memori DDR3 pantas, pengurusan operasi yang mampu meningkatkan jangka hayat bateri dan pemacu 128GB. 

Bagi sambungan port pula, ia dilengkapi antara lebih versatil iaitu Bluetooth, WLAN, VGA, HDMI dan beberapa ruangan USB 3.0. 

Pengalaman multimedia bagi siri terbaru Toshiba itu membanggakan apabila ia dibangunkan dengan paparan definisi tinggi (HD) cerah 13.3 inci. 

Apabila dinilai menerusi aspek penyampaiannya, sistem audio siri berkenaan dipertingkatkan dengan pembesar suara bertenaga yang beroperasi selari dengan Teknologi Peningkatan Audio Toshiba. 

Ia bermakna, pengalaman mendengar muzik, menonton video dan perbualan video lebih mengasyikkan.

Tuesday, March 27, 2012

Motivasi diri

sihat sebelum sakit

mudah untuk cakap @ nasihatkan orang lain untuk bersabar dengan penyakit yang diberi tuhan tapi tak semudah itu jika kita sendiri yang mengalami penyakit tersebut.
cth: "sabar je la memang le HIV ni bahaya tapi kau kena kuatkan semangat."
"dah nak buat apa lagi? potong kaki pon potong je la.. tak kan ko nk biarkan ja."

mudah kan nak cakap bila tak kena batang hidung sendiri. cuba fikir pulak kalau kaki kita yang akan dipotong. camna rasa? best tak?

~tak salah kalau kita memberi kata2 semangat kepada orang yang sakit tapi JANGAN SESEKALI MEMBEBANKAN LAGI DIRI PESAKIT DENGAN MAKI HAMUN @ MENYALAHKAN PESAKIT 100% ATAS APA YG TERJADI.

~fikir dulu sebelum nak keluarkan sesuatu kata2 yang difikirkan boleh menyakitkan hati pesakit atau keluarga pesakit.

bedasarkan pengalaman sendiri pernah adik saya masuk ICU n apa yang terjadi beberapa orang yang datang melawat ada cakap kat mak "biasanya kalau masuk ICU ni... tak lama dah la." (x lama dah nak mati). tapi hidup mati d tangan tuhan kan... adik ok n sihat lepas 2. camni kah cara nak melawat pesakit??? so fikir2kan lah.

sihat sebelum sakit... jaga lah kesihatan n jaga tutur kata kita apabila berhadapan dengan pesakit k. :)

Saturday, March 24, 2012

motivasi diri 2

  1. Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"
    (Imam Ghazali)
  2. Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.
  3. Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
  4. Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.
  5. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
  6. Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.
  7. Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.
  8. Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.
  9. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.
  10. TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA USAHA SEPAHIT HEMPEDU.

Monday, March 19, 2012

OST Makbul - Ku Bermohon Padamu (with lyrics)

pertama kali dengar tersentuh tol dengan lagu ni... huhuhu moga dpt mnginsafkan diri dan rakan2 sekalian

Tuesday, February 21, 2012

nikmat...

ya Allah kenapa aku berasa sedih n sakit bila tgok org lain happy time aku sedih?
ya Allah kenapa aku berasa dengki bila dengar org lain dpt lebih dr aku?
kenapa begini? kenapa tidak begitu?
kenapa? kenapa? kenapa?
ya Allah adakah aku sedang khufur dgn nikmat yg telah Kau berikan?

mungkin kerana aku tidak menggunakan mata,telinga, hati dan otak yang Engkau berikan utk MELIHAT, MENDENGAR, MERASA DAN MEMIKIRKAN betapa banyak dan besarnya NIKMAT yang telah Engkau berikan kepadaku....
ya Allah kau bukakanlah mataku utk melihat nikmat pemberianMu
jgnlah Kau butakan mataku dr melihat nikmat yg telah Engkua berikan kepadaku..
jgnlah Kau pekakkan telingaku dr mendengar kebesaran nikmat pemberianmu slama ini...
jgnlah Kau merosak hatiku dr merasa tenang dan jauhkanlah aku dr hasad dengki.
jgnlah Kau lemahkan pemikiranku dr memikirkan betapa byk nikmat yg telah Engkau berikan kepadaku..

ya Allah sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar balik nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku walaupun 100 juta tahun aku bekerja tanpa henti.... dan apa yg pasti tidak mungkin juga aku mampu untuk hidup selama itu... 100 tahun belum tentu..



ya Allah besarnya nikmat yang telah Kau berikan kepadaku....
kadang kala lebih baik melihat kebawah dari yg di atas...
melihat org yg lebih baik kadang kala boleh mewujudkan rasa iri hati dan hasad dengki....
lihat lah ke bawah mungkin dapat membantu kita untuk sedar betapa bertuahnya kita diberikan nikmat makan, pakai, tempat tinggal yang baik dan selamat...
fikir-fikirkanlah wahai mata hatiku...