- Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"
(Imam Ghazali) - Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.
- Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
- Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.
- Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
- Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.
- Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.
- Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.
- Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.
- TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA USAHA SEPAHIT HEMPEDU.
Saturday, March 24, 2012
motivasi diri 2
Label:
motivasi dan teladan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment