Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

laptop Makin Nipis

Berita Harian Online | Makin Nipis . 

Makin Nipis

oleh Zef Othman

2012/03/02

pix_gal0
MAHUKAN komputer notebook nipis yang menepati keperluan anda untuk dibawa ke mana saja, dilengkapi sistem berprestasi tinggi? 

Toshiba Portege siri Z830 adalah jawapannya.
Dilancarkan pada penghujung 2011, Z830 adalah sistem ultrabook Toshiba terbaru yang dilengkapi prosesor Intel Core generasi kedua.
Keupayaan Toshiba membangunkan produk seberat 1.12 kilogram dan setebal 15.9 milimeter sesuatu yang dinantikan pengguna segmen perniagaan atau pelajar yang sentiasa bergerak. 

Rekaannya bukan sekadar nipis dan ringan, Z830 dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi, aloi magnesium bagi memastikan ia ringan. 

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa rekaan berasaskan ciri ‘Honeycomb Rib’ dan struktur dalaman baru yang mampu menawarkan aspek keselamatan menerusi penyerapan gegaran. 

Teknologi EasyGuard Toshiba pula direka bagi menepati ciri keselamatan, kebergantungan dan kukuh yang sering menjadi isu utama di kalangan pengguna. 
Sementara itu, dari segi prestasi Z830 didatangkan dengan memori DDR3 pantas, pengurusan operasi yang mampu meningkatkan jangka hayat bateri dan pemacu 128GB. 

Bagi sambungan port pula, ia dilengkapi antara lebih versatil iaitu Bluetooth, WLAN, VGA, HDMI dan beberapa ruangan USB 3.0. 

Pengalaman multimedia bagi siri terbaru Toshiba itu membanggakan apabila ia dibangunkan dengan paparan definisi tinggi (HD) cerah 13.3 inci. 

Apabila dinilai menerusi aspek penyampaiannya, sistem audio siri berkenaan dipertingkatkan dengan pembesar suara bertenaga yang beroperasi selari dengan Teknologi Peningkatan Audio Toshiba. 

Ia bermakna, pengalaman mendengar muzik, menonton video dan perbualan video lebih mengasyikkan.

Wednesday, March 31, 2010

Papan kekunci maya

Utusan Malaysia Online
ARKIB : 14/03/2010
Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan.iman@utusan.com.my


Anda hanya perlu memakai alat Skinput di lengan untuk membolehkan kulit tangan anda menjadi papan kekunci atau skrin sesentuh.
Setelah teknologi papan kekunci semakin berkembang apabila kini kita boleh mendapatkan papan kekunci yang boleh dilipat empat untuk diletak di dalam poket dan menggunakan papan kekunci maya di skrin sesentuh, kini anda boleh menggunakan tangan anda sebagai papan kekunci.

Fungsi papan kekunci sememangnya sangat penting dalam dunia komputer masa kini kerana ia perlu dihubungkan kepada alat-alat kecil seperti telefon bimbit dan alat bantuan digital peribadi (PDA). Sehubungan itu, pelbagai inisiatif dan teknologi berkaitan papan kekunci mula dikaji dan diperkenalkan kepada mayarakat untuk memudahkan penggunaannya bersama gajet-gajet kecil tadi.Satu teknologi yang baru diperkenalkan baru-baru ini berjaya menarik ramai apabila anda boleh menukarkan kulit di badan atau tangan anda menjadi skrin sesentuh atau papan kekunci maya.

Menarik bukan? Teknologi yang dikenali sebagai Skinput itu dibangunkan oleh Chris Harrison, pelajar doktor falsafah dari Institut Interaksi Manusia-Komputer di Carnegie Mellon University, Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.Harrison berkata, walaupun saiz barangan elektronik semakin kecil sehingga boleh dipakai seperti pakaian tetapi kita masih bergantung kepada skrin dan papan kekunci yang besar untuk menggunakan alat itu.

'Burung besi' yang digeruni

Utusan Malaysia Online - Megabait


ARKIB : 21/03/2010
Oleh MOHD. RIDZWAN MD. IMAN


Global observer


PESAWAT tanpa juruterbang (UAV), peninjau atau pesawat dengan kawalan jarak jauh merupakan antara nama yang diberikan kepada pesawat kecil yang semakin digeruni masa kini.


Pesawat itu bukan hanya boleh digunakan untuk mengintip pergerakan musuh tetapi juga dijadikan senjata untuk menyerang musuh dalam senyap.


Kelebihan pesawat ini ialah selain tidak memerlukan pemandu, ia boleh terbang di bawah pengesanan radar dan boleh juga dijadikan seperti peluru berpandu iaitu meletupkan dirinya sendiri ke sasaran.


Malaysia sendiri dikatakan telah menggunakan beberapa buah pesawat UAV yang berperanan sebagai pesawat peninjau dan berkemungkunan akan menggunakan pesawat UAV buatan tempatan di masa depan.


Selain digunakan untuk aktiviti ketenteraan, UAV juga sebenarnya banyak digunakan dalam kerja-kerja seperti penyelidikan saintifik, remote sensing, memadam kebakaran, memeriksa kedudukan paip dan sebagainya. Menurut sumber industri, kira-kira 44 negara di seluruh dunia hari menggunakan pesawat UAV untuk pelbagai tujuan.

Avenger, misalnya merupakan UAV yang mampu memburu dan membunuh tiga kali lebih pantas berbanding model sebelumnya, Predator yang banyak digunakan di dalam perang di Iraq dan Afghanistan.


Phantom Ray

Pesawat berkelas Stealth ini dibangunkan oleh The Boeing Company dengan berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Edwards, Lancaster, California, AS.

Jurutera menjangkakan pesawat ini boleh terbang sehingga 12,192 meter (m) dan mempunyai kelajuan sehingga 982 kilometer/jam (km/j) yang akan menjadikannya UAV paling laju pernah dicipta.


Demon

Pesawat ini terbang tanpa sirip atau bahagian yang boleh diubah kerana seluruh badan berbentuk seperti sayap.

Keseluruhan pesawat dikawal oleh perisian yang menentukan bagaimana ia terbang ke atas dan bawah, termasuk membelok kiri dan kanan.


Vulture

Pesawat yang dijana oleh tenaga solar ini dibina oleh Lockheed Martin.

Pesawat berbentuk seperti tali pinggang ini dibina untuk kemampuan terbang setinggi 16,764 meter dan boleh berada di udara sehingga tempoh lima tahun secara berterusan.

Ia sangat sesuai diletakkan dengan kamera pemantauan yang boleh memantau sejauh 965 kilometer di bawah bumi.


RQ-170 Sentinel

Pesawat jenis Stealth ini dibangunkan oleh Lockheed Martin dan dikatakan menjalankan misi rahsia dan dipercayai berada di pangkalan tentera AS di Afghanistan.

Tidak banyak yang diketahui mengenai pesawat ini dan dipercayai mempunyai kemampuan terbang dengan ketinggian sehingga 15,240 meter.


Avenger (Predator C)

Pesawat ini dibina oleh General Atomics Aeronautical Systems dengan fungsi memburu dan memusnahkan.

Pesawat ini mampu membawa peralatan seberat 1,360 kg sama ada dalam bentuk kamera pengawasan dan peluru pemusnah seperti peluru berpandu kawalan laser Hellfire.

Pesawat ini boleh terbang dengan kelajuan 853 km/j dan boleh terbang tanpa henti selama 20 jam.

Embla

Pesawat UAV yang dibina oleh Aesir dari Britain ini berada dalam kategori Hovercraft dan digunakan di Afghanistan dan zon bencana.

Ia mempunyai kemampuan terbang dan mendarat menegak (VTOL) seperti helikopter dan sesuai untuk membantu tentera di lereng-lereng bukit.

Ion Tiger

Pesawat ini dibangunkan oleh Naval Research Laboratory, Washington yang mempunyai tugasan lasak dengan berkhidmat di kawasan Eropah. Ia boleh terbang tanpa dapat didengar walaupun berada pada ketinggian 305 meter atau sehingga mencapai ketinggian 4,267 meter.

Excalibur

Pesawat UAV ini mempunyai fungsi memburu dan memusnah dan boleh digunakan dalam zon perang di laut dan darat.

Ia juga boleh terbang dan mendarat tanpa lapangan terbang dan boleh terbang dengan ketinggian 9,144 meter.


Antara pesawat masa depan ialah S-100 Camcopter dari Austria, Skylite dari BAE Systems, Mantisdari Bluebird Aero Systems, Boeing HALE (High Altitude Long Endurance) dari Boeng, Global Observer dari AeroVironment dan Samarai dari Lockheed Martin.

Manakala pesawat UAV yang sedang digunakan pula ialah RQ-11B Raven, Wasp III, Desert Hawk, MD4-200 (Microdrone), T-Hawk/gMAV, Aerosonde, FINDER, ScanEagle, RQ-7 Shadow (AAI), Hermes 450/Watchkeeper, MQ-1 Predator, MQ-9 Reaper dan sebagainya.

Australia perkenal mata bionik

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

MELBOURNE 30 Mac – Australia hari ini mempamerkan prototaip mata bionik yang direka untuk memulihkan penglihatan bagi pesakit yang penglihatannya semakin merosot.



RUDD memeriksa sendiri mata bionik pada pelancarannya di Universiti Melbourne, semalam. –


Penyokong projek itu berharap mata bionik itu akan menjadi kemajuan terbesar dalam membantu golongan buta dan kurang penglihatan sejak huruf Braille dicipta lebih 200 tahun lalu.


Perdana Menteri, Kevin Rudd berkata, alat tersebut ‘boleh menjadi antara kemajuan perubatan paling penting yang dapat kita saksikan dalam hidup kita’.


Kerajaan Rudd menyumbangkan sebanyak A$42 juta (RM133 juta) untuk projek itu.

“Projek mata bionik ini akan meletakkan Australia di barisan hadapan dalam bidang penyelidikan bionik dan usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan bionik, selain berpotensi untuk memulihkan penglihatan bagi beribu-ribu penduduk di Australia dan di seluruh dunia,” katanya.


Alat bionik tersebut, yang sebahagiannya dimasukkan ke dalam mata menerusi pembedahan, direka untuk pesakit yang mengalami kemerosotan penglihatan disebabkan masalah genetik, retinitis pigmentosa atau disebabkan degenerasi makular yang berlaku apabila usia meningkat.


Ia terdiri daripada sebuah kamera mini, dipasang pada cermin mata, yang menangkap imej dan menghantarnya ke sebuah pemproses yang disimpan di dalam poket pemakai.


Pemproses kemudian memancarkan isyarat secara wayarles ke satu unit yang diimplan di dalam mata untuk merangsang neuron-neuron yang masih terdapat di dalam retina, sekali gus mengisyaratkan imej kepada otak.


Penglihatan pesakit yang memakai mata bionik tidak akan pulih sepenuhnya, tetapi diharapkan mereka akan dapat melihat titik-titik cahaya dalam medan penglihatan mereka untuk disusun semula oleh otak menjadi imej.


Pengarah penyelidikan Bionic Vision Australia yang menghasilkan prototaip itu, Profesor Anthony Burkitt menjangka alat itu boleh mengubah kehidupan pesakit mata.


“Kami menjangka implan retina ini akan memudahkan pengguna untuk bergerak dan berdikari, dan versi implan pada masa depan akan membolehkan pengguna mengecam muka dan membaca tulisan dalam huruf besar,” katanya.


Ujian sedang dijalankan terhadap mata bionik itu sebelum implan pertama dilakukan pada manusia pada 2013. – AFP

Sunday, January 24, 2010

Teknologi

Teknologi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Teknologi pertengahan abad ke-20: teknologi angkasa lepas.
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Teknologi dalam ideologi
Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama.

Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.

Pautan luar
• Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Jenis-jenis Bidang-bidang utama Teknologi
p • b • s

Industri
Kejuruteraan kewangan Mesin Pembinaan Pengilangan Perlombongan

Kejuruteraan
Biokejuruteraan Kejuruteraan alam sekitar Kejuruteraan awam Kejuruteraan bahan Kejuruteraan bangunan Kejuruteraan biokimia Kejuruteraan bioperubatan Kejuruteraan elektrik Kejuruteraan elektronik Kejuruteraan kimia Kejuruteraan komputer Kejuruteraan mekanik Kejuruteraan nuklear Kejuruteraan ruang angkasa Kejuruteraan kaji logam Kejuruteraan perindustrian Kejuruteraan perisian Kejuruteraan pertanian Kejuruteraan petroleum

Kesihatan dan Keselamatan
Bioinformatik Bioteknologi Bahan farmaseutik Kejuruteraan bioperubatan Kejuruteraan keselamatan Kimiainformatik Teknologi kesihatan Teknologi perlindungan kebakaran

Maklumat dan Komunikasi
Grafik Komunikasi Pengecaman pertuturan Teknologi muzik Teknologi pandangan

Olahraga dan Rekreasi
Alatan perkhemahan Kelengkapan sukan Sukan Taman permainan

Pengangkutan
Kejuruteraan ruang angkasa Kejuruteraan samudera Kenderaan bermotor Pengangkutan Ruang angkasa Teknologi angkasa lepas

Rumah / Kediaman
Alat rumah Hasil and pengeluaran makanan Teknologi pendidikan Teknologi rumah tangga

Sains gunaan
Elektronik Fizik kejuruteraan Kecerdasan buatan Kejuruteraan bahan Kejuruteraan optik Kejuruteraan seramik Mikroteknologi Nanoteknologi Sains bahan Storan tenaga Tenaga Teknologi hijau Teknologi nuklear Teknologi perkomputeran

Tentera
Bom Kejuruteraan angkatan laut Senjata api dan amunisi Teknologi dan kelengkapan tentera

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi"
Kategori: Teknologi

Monday, January 18, 2010

kelebihan membina blog

Blog merupakan satu alat perhubungan dan medium untuk kita mendapatkan maklumat dengan mudah, pantas dan jimat. Blogging juga telah menjadi begitu popular dikalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea,pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang. Pelajar misalnya dapat memperoleh sesuatu maklumat yang dikehendaki dengan lebih pantas dan tidak perlu membayar untuk maklumat yang diperolehi daripada blog.

Blog juga dapat mendidik seseorang untuk belajar menghasilkan sesuatu cadangan atau pendapat tanpa mendapat sebarang gangguan atau perasaan takut dari mana-mana pihak. Pemilik blog mempunyai kuasa tersendiri dalam menghasilkan pendapat dan rasa hatinya.Selain itu, melalui blog juga kita dapat belajar menerima dan berkongsi ilmu pengetahuan kita mengenai sesuatu bidang atau perkara yang ingin dibincangkan.

Blog juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan.Hal ini kerana Blog ini melibatkan pengunaan di seluruh dunia. Sesiapa sahaja boleh memasuki blog ini dan secara tidak langsung perniagaan yang diusahakan dapat dikembangkan dengan jangka waktu yang lebih pantas.