Monday, January 18, 2010

kelebihan membina blog

Blog merupakan satu alat perhubungan dan medium untuk kita mendapatkan maklumat dengan mudah, pantas dan jimat. Blogging juga telah menjadi begitu popular dikalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea,pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang. Pelajar misalnya dapat memperoleh sesuatu maklumat yang dikehendaki dengan lebih pantas dan tidak perlu membayar untuk maklumat yang diperolehi daripada blog.

Blog juga dapat mendidik seseorang untuk belajar menghasilkan sesuatu cadangan atau pendapat tanpa mendapat sebarang gangguan atau perasaan takut dari mana-mana pihak. Pemilik blog mempunyai kuasa tersendiri dalam menghasilkan pendapat dan rasa hatinya.Selain itu, melalui blog juga kita dapat belajar menerima dan berkongsi ilmu pengetahuan kita mengenai sesuatu bidang atau perkara yang ingin dibincangkan.

Blog juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan.Hal ini kerana Blog ini melibatkan pengunaan di seluruh dunia. Sesiapa sahaja boleh memasuki blog ini dan secara tidak langsung perniagaan yang diusahakan dapat dikembangkan dengan jangka waktu yang lebih pantas.





No comments: