Showing posts with label shu. Show all posts
Showing posts with label shu. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

bosannnn


bosan tol malam ni... semua keja x menjadi. nk dgar radio pon x bleh, keja xde, mkan x sedap... emm pa lg ye? tp pa2 pon kit ni betuah ssebenarnya dapat hidup dalam negara yang aman. tak ada peperangan, x da bencana, mkanan cukup, dan byak lg. tp sayangnya kita buta!!! buta mata, buka hati, buta segalanya. mungkin ni semua berpunca dari kemewahan hidup yang kita nikmati pada hari ini.

penyakit pon banyak menjadi sahabat kita sama ada kita suka atau pun tak. nak buat apa lagi dah kita yang cari penyakit tu jadi tanggung je la. cthnya penyakit aids, kencing manis, obesiti dan banyak lg.

emm kt atas 2 ada gmbar seekor kucing obes.. 2 la slah 1 penyakit skrg. nk wt msuk gmbar manusia susah ckit.. sensitif pulak kan.. jd kucing je la.

Thursday, March 11, 2010





ABADI 1O Kolej Aminuddin Baki,ukm n persatuan anak pahang ke MMU. kedua-duanya best...

Monday, January 18, 2010

pertama kali bina blog

Kali pertama saya terlibat dengan blog pada sem pertama di UKM.Itu pun sebab mengambil BI untuk Sains Sosial. Susah betul la rasa seperti satu penyiksaan dan pada peringkat permulaan itu rasa seperti sedang membuat satu kerja yang paling bodoh ja. Ya la rasa macam bodoh saja apabila nak masukkan post pun tak tahu. Orang lain dah masukkan benyak artikel saya baru tahu nak komen ja.

Bila dah tahu nak post tu baru rasa lega sikit. Lepas tu apa lagi, pantang ada waktu free sikit segala jenis benda nak dimasukkan dalam blog. Seronok sangat rasa dapat buat benda baru ni.He..he..
Waktu itu tak fikir sangat pun untuk apa nak buat blog dan apa kelebihan atau kekurangan blog ni yang penting pensyarah suruh buat saya buat. Habis cerita....

Sunday, January 3, 2010

ANAK PATUNG

Seronok juga sebenarnya menjadi anak sulong ni. Maklum la dah menjadi kebiasaan anak pertama dan anak bongsu selalu mendapat perhatian dan permainan yang lebih berbanding yang lain. Jadinya sama ada suka atau tidak anak-anak yang lain tu perlu la terima hakikat ini seadanya. Seronok tau bila apa yang diminta semuanya ibu bapa belikan.

Mungkin disebabkan mendapat perhatian dan permainan yang lebih berbanding yang lain maka anak sulong dan bongsu ini sering saja membuat masalah apabila kemahuannya tidak dituruti. Ya la sudah menjadi kebiasaannya minta saja apa yang diminati pasti ibu bapa akan belikan. Sekali tidak dapat mengamuk maut la jawabnya.

Apabila diingat-ingatkan kembali kenangan sewaktu kecil rasa macam nak ketawa pun ada. Ya la rasa macam tidak percaya teruk juga perangaiku sewaktu kecil. Kalau bercakap tentang mainan ini tanya saja anak patung saiz apa yang tidak pernah aku miliki ? semua dah aku paksa ayah untuk belikan.

Kasihan juga bila diingatkan kembali ya la mahu tidaknya berapa banyak wang yang ayah habiskan untuk belikan mainan untuk aku semasa kecil. Perangai aku waktu kecil tidak la teruk sangat sebenarnya cuma kalau bercakap tentang mainan ini… aku hanya minta 3 atau 4 anak patung ja dalam masa satu minggu. Kalau di darab sebulan 12 hingga 16 saja anak patung yang ayah perlu beli. Emm… sikit kan?

Ya la sebulan 12 hingga 16, setahun baru dalam 144 hingga 192 anak patung. Cuba 144 didarab dengan 4 tahun jawapannya baru 576 anak patung. Jika 192 X 4 = 768 anak patung. Sikit saja kan?

Salah satu perangai baik saya waktu kecil adalah tak lain dan tidak bukan menangis dan menjerit siap guling-guling dekat lantai sehingga ayah belikan mainan atau apa-apa saja yang saya minta. Baguskan perangai tu ? Lagi satu tidak seronok rasanya kalau tidak berkongsi cerita berkenaan cara bermain anak patung. Sesetengah daripada kanak-kanak perempuan menganggap anak patung itu sebagai adik atau ‘Baby’ mereka jadinya sudah semestinya mereka akan menjaga dan menyayangi anak patung tersebut dengan sebaik mungkin.

Sayang 1000 kali sayang entah mengapa sifat sebegitu tidak ada dalam diri insan yang bernama Shu Hana. Setiap kali apabila ayah membeli anak patung saya hanya bermain dengan anak patung tersebut untuk dua atau tiga hari sahaja. Selepas itu anak patung itu akan ku putus-putuskan sendi-sendinya dan mencampakkannya kedalam sungai berhampiran rumah.

Friday, January 1, 2010

kenapa nasib ku jd begini

smlm org bz masuk thun bru i bz dgn rasa takut x da org kt aras i ni. ari ni plak msalah dgn mkanan x sdap.bukan nk byk krenah tp klau dh xda slera nk mkan cmni boleh mati kebuluran ni... lapar la. nk wat cmna?nasi dgn lauk ni baru mkan 1/3 nk buang syg.tp tpaksa buang la juga .2 010 penuh dgn dugaan

cuti yg membosankan



sedih btul rasa ari2 cuti cam ni. Ye la org lain smua blik kmpung jd tinggal la daku seorg diri. Rumate n beberapa rakan dkat aras n kolej ni dh blik. Dah rasa cm x da sesiapa ja kt cni. Entah cmna mb sbb sunyi sgat aras ni tetiba ja perasaanTakut menyelubungi diri ini.nak ajak mber berbual? mber x da. jdnya SABOOO je la. Rasa cm nk lari blik umah mlm ni gak tp apa kan daya... kampungku nun jauh di sana.

Thursday, December 24, 2009

BETULKAH CIKGU SELALU PILIH KASIH ?

Masalah cikgu yang suka pilih kasih selalu menjadi satu topik perbualan antara pelajar-pelajar sekolah. Pelajar sekolah mana yang tidak pernah menimbulkan persoalan sebegini??? Kelakar bunyinya kalau dalam sebuah sekolah tidak ada langsung pelajar yang membangkitkan isu guru pilih kasih ni.

Masalahnya sekarang betulkah cikgu yang selalu pilih kasih atau pelajar yang sebenarnya salah faham? Kalau nak disalahkan cikgu 100% rasanya tidak adil. Hal ini kerana tidak semua cikgu bersifat begitu. Nak disalahkan pelajar 100% pun rasanya tidak adil juga. Maklum la jika cikgu tidak terlalu memberi lebih perhatian kepada sesetengah pelajar masalah cikgu pilih kasih mungkit tidak akan timbul.

Sesetengah cikgu menganggap memberi perhatian yang lebih kepada sesetengah pelajar adalah tidak salah untuk tujuan memajukan lagi prestasi pelajar-pelajarnya dan ada juga yang menganggap sesetengah pelajar yang cemerlang perlu diberi perhatian yang lebih berbanding pelajar yang lain untuk menaikkan nama sekolah. Namun begitu tidak semuanya guru bersifat sedemikian.Ada juga sesetengah guru memilih untuk memberi perhatian yang lebih sedikt kepada pelajar-pelajar yang dianggap biasa atau kurang pintar berbanding rakan-rakan sekelas atau rakan-rakan dari tahun yang sama.

Pada pandangan saya,guru yang sering meluangkan masa dan memberi perhatian kepada pelajar yang kurang cemerlang adalah seoraang guru yang baik. Guru sebegini sebenarnya adalah seorang guru yang betul-betul mahu melihat pelajarnya berjaya dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Tidak ada gunanya jika seorang pelajar kesayangan guru ini dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangkan berpuluh-puluh lagi pelajar seumur dan seguru dengannya gagal melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi misalnya. Sebenarnya adakah cikgu tersebut merasa bangga dengan pencapaian dan tugasnya selama ini? Jika difikir-fikirkan secara sewajarnya jawapan bagi persoalan ini adalah cikgu tersebut tidak sepatutnya berasa bangga dengan pencapaian dan tugasnya selama ini. Sifat cikgu yang sebegitu adalah sesuatu yang merugikan. Guru yang sama, mengajar pada waktu dan tempat yang sama tetapi menghasilkan pelajar yang berbeza kemampuan atau pencapaian hanya disebabkan sifat pilih kasih yang wujud dalam diri guru itu sendiri.

Walau bagaimanapun,kadang-kala gambaran yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tidak semuanya berpunca dari kesalahan cikgu tersebut tetapi berpunca dari perasaan salah sangka atau iri hati pelajar tersebut.Ha...ha... tak boleh nak salahkan pelajar sangat sebenarnya. Sudah menjadi lumrah setiap insan inginkan perhatian apatah lagi anak-anak yang sedang membesar seperti ini. Perasaan ini adakalanya mendatangkan kesan positif dan kadang-kadang turut mendatangkan kesan negatif. Contoh, seorang pelajar yang merasakan gurunya suka memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang pintar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk mendapatkan perhatian guru tersebut.

Namun begitu,setiap pelajar haruslah mengelakkan diri daripada berfikiran negatif dan mengambil keputusan yang boleh mendatangkan keburukkan kepada guru,sahabat dan diri sendiri. Misalnya, memilih untuk merosakkan kereta cikgu kerana tidak puas hati dengan layanan yang dianggap berat sebelah.

1 MALAYSIA



Sambutan Minggu 1 Malaysia diadakan di Kolej Aminuddin baki,UKM.


Antara kelebihan mengikuti program seperti Program 1malaysia adalah kita dapat melihat budaya pelbagai kaum & dapat banyak ilmu baru. Antara malam yang saya ikut serta adalah malam kebudayaan Sarawak, malam kaum Cina dan kaum India. Saya telah ikut serta kelas bahasa Sarawak dan dapat belajar beberapa perkataan seperti saya dalam bhasa Sarawak di sebut “kamek” , awak disebut “kitak” dan `hari ini aku mahu makan ayam panggang’ di dlm bhasa serawak “Hari tok kamek mok makan manok panggang” . Selain itu dapat belajar membuat perhiasan dengan mengunakan daun kelapa. Permainan @ terian mengunakan buluh merupakan antara perkara yang menarik dan menyeronokkan pada malam tersebut. Permainan itu amat menyeronokkan walaupun pada mulanya nampak menakutkan apabila buluh-buluh itu dirapatkan dan permainan dimainkan semakin lama semakin pantas. Pada malam kaum cina dapat pengalaman merasa telor herba dan dapat menulis nama sendiri dalam bahasa cina. Pada malam kaum India pula dapat menyertai aktiviti berinai dan melihat pertandingan membuat logo bertemakan perpaduan kaum yg terdapat di Malaysia dengan menggunakan beras berwarna-warni.



Tuesday, December 22, 2009

zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah

Waktu kanak-kanak biasanya kita akan dipenuhi dengan gelak tawa (bestkan...). Kebiasaannya waktu kecil kita hanya fikir nak makan, main, tidur. Namun begitu keseronokkan bermain dan berkawan mungkin berbeza jika dibandingkan dengan waktu dahulu dan sekarang. Selain itu perbezaan tempat dan keadaan di sekeliling juga akan turut mewujudkan suasana dan cara bermain yang berbeza. Contohnya, pada tahun 1995 kanak-kanak akan menhabiskan masa petang mereka dengan permainan tradisional seperti congkak, bermain sembunyi-sembunyi, ketenteng, batu lambung dan banyak lagi yang melibatkan permainan secara berkumpulan dan permainan ini biasanya dimain di kawasan perkarangan rumah atau di kawasan lapang yang berhampiran.

Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan permainan kanak-kanak pada waktu sekarang, kanak-kanak sekarang bukan sahaja tidak tahu memainkan permainan tradisional malah tidak mempunyai peluang bermain yang serupa dengan kanak-kanak pada zaman dahulu. kebiasaannya mereka hanya bermain secara bersendirian di dalam rumah seperti bermain permainan komputer. Permainan yang sebegini sebenarnya menyebabkan mereka kurang pandai bergaul dengan rakan sebaya.

JADIKAN KESUSAHAN & KEGIGIHAN SESEORANG SBG PENGAJARAN

lagu ini menceritakan kesusahan hidup seorang anak yg dtg dari keluarga yg susah. Walaupun hidup dalam serba kekurangan jika dibandingkan dengan orang lain tetapi azam dan usaha yg gigih telah menjadikan dia sebagai seorang yg berjaya. Semoga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua!!!

salam

Tidak ada manusia yang dilahirkan dengan ilmu yang penuh di dada. Mencapai kejayaan dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Sama ada suka atau tidak kita haruslah berusaha untuk mendapatkan kejayaan dlam hidup. Antara perkara yang perlu kita ingat jangan mudah putus asa dan menyerah kalah dengan dugaan yang tiba.