Sunday, January 3, 2010

ANAK PATUNG

Seronok juga sebenarnya menjadi anak sulong ni. Maklum la dah menjadi kebiasaan anak pertama dan anak bongsu selalu mendapat perhatian dan permainan yang lebih berbanding yang lain. Jadinya sama ada suka atau tidak anak-anak yang lain tu perlu la terima hakikat ini seadanya. Seronok tau bila apa yang diminta semuanya ibu bapa belikan.

Mungkin disebabkan mendapat perhatian dan permainan yang lebih berbanding yang lain maka anak sulong dan bongsu ini sering saja membuat masalah apabila kemahuannya tidak dituruti. Ya la sudah menjadi kebiasaannya minta saja apa yang diminati pasti ibu bapa akan belikan. Sekali tidak dapat mengamuk maut la jawabnya.

Apabila diingat-ingatkan kembali kenangan sewaktu kecil rasa macam nak ketawa pun ada. Ya la rasa macam tidak percaya teruk juga perangaiku sewaktu kecil. Kalau bercakap tentang mainan ini tanya saja anak patung saiz apa yang tidak pernah aku miliki ? semua dah aku paksa ayah untuk belikan.

Kasihan juga bila diingatkan kembali ya la mahu tidaknya berapa banyak wang yang ayah habiskan untuk belikan mainan untuk aku semasa kecil. Perangai aku waktu kecil tidak la teruk sangat sebenarnya cuma kalau bercakap tentang mainan ini… aku hanya minta 3 atau 4 anak patung ja dalam masa satu minggu. Kalau di darab sebulan 12 hingga 16 saja anak patung yang ayah perlu beli. Emm… sikit kan?

Ya la sebulan 12 hingga 16, setahun baru dalam 144 hingga 192 anak patung. Cuba 144 didarab dengan 4 tahun jawapannya baru 576 anak patung. Jika 192 X 4 = 768 anak patung. Sikit saja kan?

Salah satu perangai baik saya waktu kecil adalah tak lain dan tidak bukan menangis dan menjerit siap guling-guling dekat lantai sehingga ayah belikan mainan atau apa-apa saja yang saya minta. Baguskan perangai tu ? Lagi satu tidak seronok rasanya kalau tidak berkongsi cerita berkenaan cara bermain anak patung. Sesetengah daripada kanak-kanak perempuan menganggap anak patung itu sebagai adik atau ‘Baby’ mereka jadinya sudah semestinya mereka akan menjaga dan menyayangi anak patung tersebut dengan sebaik mungkin.

Sayang 1000 kali sayang entah mengapa sifat sebegitu tidak ada dalam diri insan yang bernama Shu Hana. Setiap kali apabila ayah membeli anak patung saya hanya bermain dengan anak patung tersebut untuk dua atau tiga hari sahaja. Selepas itu anak patung itu akan ku putus-putuskan sendi-sendinya dan mencampakkannya kedalam sungai berhampiran rumah.

No comments: