kalau peguam yg ramai pon sokong bersih so fikir sendiri leee... sapa yg bersalah sbnarnya.
EGM jadi pentas hentam kerajaan
Oleh Norhashimah Mohd Radzali dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2012/05/12
AMBIGA SREENEVASAN turut menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Peguam Malaysia yang dihadiri 800 ahlinya di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Badan Peguam Malaysia yang berlangsung secara tertutup semalam, bagi membincangkan perhimpunan BERSIH 3.0 selain meluluskan 12 resolusi dilihat sebagai pentas menghentam kerajaan dan pasukan polis.
“Saya tidak setuju langsung dengan senarai usul yang dikemukakan dalam EGM itu yang seolah-olah meletakkan semua kesalahan di bahu polis sebaliknya pasukan keselamatan itu turut dikasari oleh peserta perhimpunan, ” katanya ketika ditemui selepas EGM.
Peguam Nordin Yusoff berkata, beliau berpendapat keputusan yang dicapai pada EGM berkenaan bukannya mewakili kira-kira 15,000 ahli badan peguam di seluruh negara.
“Saya kecewa dengan EGM hari ini (semalam) kerana berpendapat badan berkenaan seharusnya bersikap berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana pihak tetapi di sini seolah-olah ada yang menyokong pembangkang, ” katanya.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, kehadiran 1,270 ahli pada EGM berkenaan menunjukkan mereka serius terhadap persekitaran yang berlaku pada perhimpunan BERSIH 3.0.
Pada EGM itu, 939 ahli menyokong 12 usul yang dikemukakan, manakala 16 orang membantah.
Terdahulu, EGM yang bermesyuarat selama tiga jam itu antara lain menyuarakan kebimbangan dan mengecam penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, rambang dan salah oleh pihak polis terhadap peserta perhimpunan.
Badan itu juga meminta polis mengenal pasti dan menyerahkan anggotanya yang terbabit dalam salah laku dan mencederakan orang awam, pengamal media dan peguam, untuk pendakwaan.
Selain meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf bagi tindakan polis ketika perhimpunan itu termasuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata, selain turut meminta maaf kepada orang awam, pengamal media serta peguam yang dikasari dan dipukul polis.
No comments:
Post a Comment