Bahasa kedua boleh menjadi bahasa asing jika tidak terdapat penggunaan bahasa kedua di persekitaran. Pelajar akan menunjukkan kemajuan jika diberi peluang untuk menghasilkan output. Maklum balas dan interaksi yang diberikan oleh pelajar dapat membantu pendidik untuk mengetahui sejauh mana penguasaan pembelajaran pelajarnya. Unsur rundingan dan penyusunan semula boleh dilakukan oleh pendidik dalam membantu pelajar untuk mempelajari bahasa.
Jangka masa kritikal juga dikatakan turut memberi kesan kepada pemerolehan bahasa kedua atau bahasa asing ini. Jangka masa kritikal dikatakan satu jangka masa dimana bahasa boleh diperoleh dengan lebih mudah. Jangka masa kritikal dianggarkan akan berakhir apabila seseorang mencapai akhil baligh. Namun begitu ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing selepas masa kritikalnya.
Tindakan
Hasil Pembelajaran
Pembelajaran bahasa kedua
atau bahasa asing tidaklah semudah pemerolehan bahasa pertama. Oleh itu
keinginan, daya usaha seseorang penting dalam mempelajari bahasa kedua atau
bahasa asing ini.
Faktor jangka masa kritikal tidak boleh dijadikan alasan dalam mempelajari bahasa kedua bagi kita yang sudah melepasi masa kritikal. Hal ini kerana jika ada minat dan kesungguhan dalam belajar kita pasti boleh mempelajari dan menguasai bahasa kedua dengan baik walaupun mungkin tidak mampu untuk menyebut atau membunyikan sesuatu sebutan seperti penutur asalnya.
Selagi ada usaha sesiapa sahaja boleh mempelajari bahasa asing. Sedangkan seseorang yang tidak boleh bertutur masih boleh mempelajari bahasa asing inikan pula kita yang memiliki lima pancaindera yang baik.

No comments:
Post a Comment