Wednesday, March 31, 2010

Mayat bayi lelaki dijumpai tersangkut pada pukat


KUANTAN 30 Mac - Meskipun didedahkan tentang kekejaman pembuangan bayi di akhbar-akhbar, namun perbuatan itu terus dikesan berlaku di mana-mana.Kali ini di Kampung Panching, apabila satu lagi mayat seorang bayi ditemui tersangkut pada pukat nelayan di Sungai Pasir, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, bayi malang yang masih bertali pusat ditemui berhampiran tempat pembuangan sampah di kampung tersebut.

Timbalan Ketua Polis daerah, Supritendan Zulkifli Taha berkata, mayat bayi yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui penduduk kampung yang sedang memeriksa pukat di tepi sungai berkenaan.

Katanya, ketika ditemui, mayat bayi itu dipercayai berusia 35 minggu atau lapan bulan tiga minggu."Kita percaya mayat bayi lelaki itu berketurunan Melayu berdasarkan warna kulitnya dan dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, bayi tersebut dipercayai mati sejurus selepas dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu."Kes ini masih dalam siasatan polis dan sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk memberi kerjasama," ujarnya.Beliau menambah, mayat bayi terbabit dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk dibedah siasat.

1 comment:

shu hana said...

manusia zaman sekarang...
sukar untuk dibayangkan ibu bapa kandung sendiri tergamak untuk membuang bayi yang masih hidup ke dalam sungai.Sebagai manusia yg normal pasti kita tidak tergamak untuk membuang anak kucing ke dalam sungai dan melihat ia mati di depan mata tetapi mengapa kita sanggup memperlakukan perkara sebegini kepada anak sendiri??? ini la yg terjadi apabila agama sudah dicampak ke tepi.