Monday, March 1, 2010

Fikir dahulu sebelum bertindak

mudah untuk mewujudkan pergaduhan, perasaan benci dan salah faham di kalangan masyarakat dan negara. Namun bagitu, sebagai makhluk yang bernama manusia kita seharusnya tahu menggunakan akal fikiran yang waras dalam melakukan sesuatu tindakan. Walau apapun yang berlaku seharusnya kita tidak menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung, Hanya mengikut apa saja yang disuruh oleh tuannya. Masalah antara dua negara yang berpunca daripada sikap tidak puas hati dan hanya melakukan sesuatu atas dasar kepentingan diri sendiri tidak sepatutnya berlaku seperti di Indonesia, mereka mengejek lagu Negaraku ketika pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di Jakarta, minggu lalu.

Masalah ini bukan masalah pertama yang diwujudkan oleh mereka. Bukankah ini sesuatu yang tidak baik dan boleh berlakunya masalah pergaduhan antara negara. Sebagai negara berjiran seperti Malaysia-Indonesia kita seharusnya mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain. Rakyat Indonesia seharusnya sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk membangunkan negara masing-masing. Oleh itu, sikap ganyang Malaysia dan tidak menghormati lagu negara Malaysia tidak seharusnya berlaku.

Rakyat Indonesia seharusnya sedar selama ini Malaysia tidak pernah mewujudkan sebarang masalah dengan negara mereka malah pelbagai bantuan telah diberikan bagi membantu mereka atas dasar kemanusiaan dan masalah Tsunami misalnya,walaupun negara kita turut mengalami bencana yang sama tetapi Malaysia masih membantu dari segi kewangan dan kutipan derma turut dijalankan di dalam negara bagi membantu meringankan beban rakyat Indonesia.

Pihak media seharusnya menjalankan tugas mereka dengan baik dan mereka harus sedar dengan mewujudkan salah faham di antara Malaysia dan Indonesia tidak akan menguntungkan kedua-dua negara. Sebarang hujah atau pandangan pribadi yang berbau hasutan dan pergaduhan di antara dua negara haruslah dielakkan. Di dalam dunia yang serba moden ini dengan adanya teknologi sebarang berita buruk antara kedua-dua negara dapat diperoleh dengan mudah oleh rakyat.


fikir dahulu sebelum bertindak!!!

No comments: