Saturday, January 2, 2010

yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Pada malam 02.01.10 ada sebuah cerita yang bertajuk "cantik" di salah sebuah stesyen televisyen . Cerita ini sungguh menarik kerana banyak pengajaran yang dapat kita perolehi.

Kisah ini berkenaan sepasang suami isteri. Si isteri telah mengandung empat bulan dan ini menjadi berita gembira kepada si suami tetapi malangnya si isteri tidak berniat untuk memiliki anak. Pada pandangan si isteri dia lebih suka jika tidak melahirkan bayi tersebut demi menjaga bentuk badan dan rupa parasnya yang cantik. Si isteri telah mengambil ubat untuk untuk menggugurkan kandungannya tetapi usahanya tidak berjaya.

Walaupun telah dinasihat oleh doktor supaya si isteri tidak meminum minuman keras dan merokok tetapi itu semua tidak diendahkannya. Mungkin disebabkan cara hidupnya yang sedemikian maka anak yang dilahirkan mengalami kecacatan. Hampir keseluruhan tubuh anak tersebut menjadi hodoh dan dengan kecacatan anak tersebut si isteri menjadi benci kepada anaknya.

Demi menjaga nama baiknya sebagai seorang yang popular, si isteri meminta suaminya memberitahu kepada pihak media bahawa anak yang di lahirkan telah meninggal dunia dan oleh kerana terlalu sayangkan isteri si suami bersetuju. Anak tersebut telah disembunyikan di dalam rumah dan dia tidak membenarkan anak tersebut untuk keluar dari kawasan rumah tersebut. Akibat perasaan benci melihat wajah anak lelakinya yang hodoh di memaksa anak tersebut untuk memakai topeng muka.

Anak tersebut dibesarkan tanpa mendapat kasih sayang seorang ibu. Nasib dia agak baik kerana mendapat penjagaan yang baik daripada pembantu rumah.Pembantu tersebut ada menceritakan kepada anak itu berkenaan air. Air apabila dipanaskan ia akan bertukar menjadi wab air manakala apabila disejukkan akan menjadi ketulan ais.

Di kawasan rumahnya ada terdapat satu tempat di mana si isteri akan mengukir dan menghasilkan seni dengan menggunakan bongkahan ais. Berdasarkan cerita si pembantu rumah tadi dia telah membekukan kupu-kupu yang dijumpainya di tepi tingkap biliknya.

Pembantu rumah tersebut telah menceritakan perihal anak tersebut kepada ibu bapanya dan kerana itu dia telah dimarahi oleh si isteri dan dalam waktu yang sama dia telah diberhentikan kerja. Anak tersebut melarang pembantu tersebut daripada berhenti kerja kerana dia sayangkan pembantu tersebut dan menganggap orang lain tidak menyayanginya.

Akibat pembantu tersebut enggan berubah fikiran si anak telah memukul kepala pembantu rumah tersebut dan membekukannya di tempat ibunya membuat ukiran ais. Setelah beberapa ketika si ibu telah pergi ke tempat tersebut untuk membuat ukiran ais. Setelah melihat si anak masuk ke dalam kawasan itu si ibu telah memarahi anaknya.Si anak telah memukul ibunya dan memilih untuk membekukan ibunya seperti yang telah dilakukan kepada pembantu rumah. Setelah ibunya tersedar dan mendapati dirinya berada di dalam bekas untuk membekukan ais, dia cuba untuk melarikan diri. Malang sekali si ibu terserempak dengan si anak dan secara tidak sengaja dia telah menikam anaknya dengan menggunakan alat untuk membuat ukiran ais.

Anak tersebut meninggal dan si ibu akhirnya mengalami tekanan perasaan.


1 comment:

shu hana said...

alangkah bertuahnya kita dilahirkan dengan penuh kasih sayang drpd ibu bapa kita dan dilahirkan dengan anggota yang lengkap. Kalau di fikir2kan korang terima tak kalau anak yang korang lahirkan nanti mengalami kecacatan?
Minta disimpang drpd benda2 yang cam tu tp kalau tjadi cmna? anak 2 pun x minta dilahirkan dalam keadaan yang cacat jd klau benda 2 tjadi moga2 kita x cepat melatah dgan dugaan yang tuhan berikan kpd kita.