Tuesday, February 21, 2012

nikmat...

ya Allah kenapa aku berasa sedih n sakit bila tgok org lain happy time aku sedih?
ya Allah kenapa aku berasa dengki bila dengar org lain dpt lebih dr aku?
kenapa begini? kenapa tidak begitu?
kenapa? kenapa? kenapa?
ya Allah adakah aku sedang khufur dgn nikmat yg telah Kau berikan?

mungkin kerana aku tidak menggunakan mata,telinga, hati dan otak yang Engkau berikan utk MELIHAT, MENDENGAR, MERASA DAN MEMIKIRKAN betapa banyak dan besarnya NIKMAT yang telah Engkau berikan kepadaku....
ya Allah kau bukakanlah mataku utk melihat nikmat pemberianMu
jgnlah Kau butakan mataku dr melihat nikmat yg telah Engkua berikan kepadaku..
jgnlah Kau pekakkan telingaku dr mendengar kebesaran nikmat pemberianmu slama ini...
jgnlah Kau merosak hatiku dr merasa tenang dan jauhkanlah aku dr hasad dengki.
jgnlah Kau lemahkan pemikiranku dr memikirkan betapa byk nikmat yg telah Engkau berikan kepadaku..

ya Allah sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar balik nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku walaupun 100 juta tahun aku bekerja tanpa henti.... dan apa yg pasti tidak mungkin juga aku mampu untuk hidup selama itu... 100 tahun belum tentu..



ya Allah besarnya nikmat yang telah Kau berikan kepadaku....
kadang kala lebih baik melihat kebawah dari yg di atas...
melihat org yg lebih baik kadang kala boleh mewujudkan rasa iri hati dan hasad dengki....
lihat lah ke bawah mungkin dapat membantu kita untuk sedar betapa bertuahnya kita diberikan nikmat makan, pakai, tempat tinggal yang baik dan selamat...
fikir-fikirkanlah wahai mata hatiku...

Saturday, February 18, 2012

menjaga kesihatan mngikut islam

MENJAGA KESIHATAN adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan, maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanannya).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dgn membuat amalan spt:-

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrain. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bsujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: yang ertinya: Barangsiapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Thursday, February 16, 2012

Dahulukan perkahwinan jika takut lakukan maksiat

Berita Harian Online | Khutbah Jumaat: Dahulukan perkahwinan jika takut lakukan maksiat


2012/02/17

Ibu bapa kena penuhi keinginan anak dengan adakan majlis kenduri secara sederhana

DALAM kekecohan kita mendengar berita anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang, penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai. Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam perzinaan kerana gagal mengawal nafsu seks yang memuncak.
Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran, kegiatan melanggan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.
Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama, tetapi hanya Islam yang mengenakan hukuman paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin. Hukuman keras yang dikenakan Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina ialah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.

Pada Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan, pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka Jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadis disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pintu menuju perzinaan, sedekat itulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita, tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.

Nafsu seks ialah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimanapun, hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah. Hadis daripada Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mungkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah: “Adakah kami mendatangi isteri kami baginya mendapat pahala? Rasulullah bersabda: “Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya apabila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala”.
Sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”. Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah: “Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan daripada melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka, maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.

Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat. Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah SAW bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah yang lain kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadis itu ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan kepada usia ini kerana ia berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.

Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini, mimbar menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah SAW bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin ialah menyembelih seekor kambing, kadar mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran. Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu kemaksiatan.

Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ia bersegera bernikah. Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak. Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya” (Riwayat Muslim). Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu. - Sumbangan JAKIM

Wednesday, February 15, 2012

YouTube tarik belia sertai industri penerbangan

Berita Harian Online | YouTube tarik belia sertai industri penerbangan
2012/02/16

AGENSI Penerbangan Pertubuhan Bangsa Bersatu melancarkan pertandingan video bagi menarik minat belia menyertai industri penerbangan, sekali gus memberi petanda amaran wujud kekurangan perintis juruterbang di seluruh dunia.

Pertandingan YouTube Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) disasarkan untuk membangkitkan minat golongan muda menjadi juruterbang profesional.
Pemenang akan menerima jemputan ke Pameran Perdagangan dan Persidangan Latihan Penerbangan Dunia (WATS) di Orlando, Florida pada April ini. Syarat penyertaan tertera di laman web icao.int.
ICAO adalah pengendali forum kerjasama dalam isu berkaitan keselamatan penerbangan, keselamatan, kecekapan dan peraturan untuk 191 negara anggotanya.

Agensi itu menyatakan kebimbangan mengenai keupayaan industri dalam memenuhi pertumbuhan permintaan penerbangan yang dijangka meningkat dua kali ganda kepada 50 juta setahun menjelang 2030.

Sementara itu, bilangan pesawat pada peringkat global juga dijangka mencecah tiga kali ganda kepada 151,000.

Pada 2010, kira-kira 460,000 lesen juruterbang dikeluarkan di seluruh dunia. Lebih daripada 980,000 lagi dijangka diperlukan menjelang 2030.
Ia bermakna, 52,500 juruterbang perlu dilatih setiap tahun untuk memenuhi permintaan iaitu lebih 8,146 daripada kapasiti juruterbang yang mendapat kelulusan seperti mana dijangka oleh akademi penerbangan.

Dalam masa sama, ia turut membabitkan jangkaan kekurangan 18,000 kakitangan penyelenggaraan baru setahun.

Kekurangan tenaga kerja lebih dirasai khususnya di Asia, Afrika dan Amerika Latin yang mana dilihat sebagai negara yang mengalami pertumbuhan terbesar dalam syarikat penerbangan penumpang sejak akhir-akhir ini. – AFP

Thursday, February 9, 2012

Motivasi diri


Tidak ada sesiapa yang boleh mengatakan anda gagal melainkan diri anda sendiri. Hal ini kerana anda sendiri yang mengetahui sejauh mana kekuatan dan kemampuan diri anda dalam menghadapi sesuatu dugaan dan masalah. Nilailah diri daripada kaca mata sendiri kerana anda lebih mengetahui tentang diri sendiri.

Cara Mengembalikan Keyakinan Diri

Masalah pelajar yang lemah bukanlah semata-mata kerana mereka tidak kuat

membaca buku, malah ada diantara mereka yang menghabiskan masa antara tiga ke empat jam lebih lama berbanding pelajar yang lebih pintar tetapi markah yang diperolehi oleh mereka jauh lebih rendah. Bagi mengelakkan wujudnya perasaan rendah diri dan putus asa dalam diri, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan keyakinan diri. Antaranya seperti berikut:

1.semuanya berada di fikiran

Sekiranya anda menyatakan (memikirkan) bahawa anda mampu melakukan sesuatu yang anda inginkan, maka tindak-tanduk anda akan menjurus kearah untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai keinginan anda. Namun, jika diri anda mengatakan tidak atau biar sahaja, anda akan melakukan sesuatu pekerjaan secara sambil lewa dan ia tidak mungkin akan tercapai.

2.Memilih kawan

Jika memilih kawan yang tidak mampu mengawal kemahuan atau keinginan nafsu daripada gangguan membaca buku dan belajar, maka sedikit sebanyak sikap negatif yang ada pada dirinya akan turut mempengaruhi diri anda. Anda juga mudah untuk terikut-ikut dengan tabiat buruk rakan anda yang inginkan keseronokan sepanjang masa.

3. tumpuan dalam kelas

Jika anda tidak mahu memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran yang diajar oleh guru kerana menganggap bahawa apa yang diajar oleh guru di dalam kelas boleh diulang kaji di rumah, maka selama-lamanya anda akan ketinggalan.

4. cara menyusun jadual

Jika anda gemar menyusun jadual dengan mengutamakan masa rehat yang panjang dan kurang membaca, maka bila tiba waktu membaca anda akan banyak rileks kerana keinginan yang terbit dari naluri anda sebelumnya akan berlaku kepada anda kemudiannya.

5. daya hafalan

Jika anda membaca sambil lewa dan mengharapkan bahawa apa yang dibaca lambat laun akan dapat diingatinya, maka lupakan teknik tersebut kerana anda hanya akan ingat perkara yang mudah sahaja dan melupakan perkara yang sukar.

6. pemahaman

Jika anda merasakan anda faham tentang apa yang and abaca maka cubalah ceritakan semula kepada rakan tentang apa yang anda faham. Tetapi jika anda tergagap-gagap atau teragak-agak menceritakannya, maka sebenarnya anda masih kurang membaca. Oleh itu, anda perlu ulang membaca sehingga anda faham kandungannya.