Wednesday, February 15, 2012

YouTube tarik belia sertai industri penerbangan

Berita Harian Online | YouTube tarik belia sertai industri penerbangan
2012/02/16

AGENSI Penerbangan Pertubuhan Bangsa Bersatu melancarkan pertandingan video bagi menarik minat belia menyertai industri penerbangan, sekali gus memberi petanda amaran wujud kekurangan perintis juruterbang di seluruh dunia.

Pertandingan YouTube Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) disasarkan untuk membangkitkan minat golongan muda menjadi juruterbang profesional.
Pemenang akan menerima jemputan ke Pameran Perdagangan dan Persidangan Latihan Penerbangan Dunia (WATS) di Orlando, Florida pada April ini. Syarat penyertaan tertera di laman web icao.int.
ICAO adalah pengendali forum kerjasama dalam isu berkaitan keselamatan penerbangan, keselamatan, kecekapan dan peraturan untuk 191 negara anggotanya.

Agensi itu menyatakan kebimbangan mengenai keupayaan industri dalam memenuhi pertumbuhan permintaan penerbangan yang dijangka meningkat dua kali ganda kepada 50 juta setahun menjelang 2030.

Sementara itu, bilangan pesawat pada peringkat global juga dijangka mencecah tiga kali ganda kepada 151,000.

Pada 2010, kira-kira 460,000 lesen juruterbang dikeluarkan di seluruh dunia. Lebih daripada 980,000 lagi dijangka diperlukan menjelang 2030.
Ia bermakna, 52,500 juruterbang perlu dilatih setiap tahun untuk memenuhi permintaan iaitu lebih 8,146 daripada kapasiti juruterbang yang mendapat kelulusan seperti mana dijangka oleh akademi penerbangan.

Dalam masa sama, ia turut membabitkan jangkaan kekurangan 18,000 kakitangan penyelenggaraan baru setahun.

Kekurangan tenaga kerja lebih dirasai khususnya di Asia, Afrika dan Amerika Latin yang mana dilihat sebagai negara yang mengalami pertumbuhan terbesar dalam syarikat penerbangan penumpang sejak akhir-akhir ini. – AFP

No comments: