Thursday, February 9, 2012

Motivasi diri


Tidak ada sesiapa yang boleh mengatakan anda gagal melainkan diri anda sendiri. Hal ini kerana anda sendiri yang mengetahui sejauh mana kekuatan dan kemampuan diri anda dalam menghadapi sesuatu dugaan dan masalah. Nilailah diri daripada kaca mata sendiri kerana anda lebih mengetahui tentang diri sendiri.

Cara Mengembalikan Keyakinan Diri

Masalah pelajar yang lemah bukanlah semata-mata kerana mereka tidak kuat

membaca buku, malah ada diantara mereka yang menghabiskan masa antara tiga ke empat jam lebih lama berbanding pelajar yang lebih pintar tetapi markah yang diperolehi oleh mereka jauh lebih rendah. Bagi mengelakkan wujudnya perasaan rendah diri dan putus asa dalam diri, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan keyakinan diri. Antaranya seperti berikut:

1.semuanya berada di fikiran

Sekiranya anda menyatakan (memikirkan) bahawa anda mampu melakukan sesuatu yang anda inginkan, maka tindak-tanduk anda akan menjurus kearah untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai keinginan anda. Namun, jika diri anda mengatakan tidak atau biar sahaja, anda akan melakukan sesuatu pekerjaan secara sambil lewa dan ia tidak mungkin akan tercapai.

2.Memilih kawan

Jika memilih kawan yang tidak mampu mengawal kemahuan atau keinginan nafsu daripada gangguan membaca buku dan belajar, maka sedikit sebanyak sikap negatif yang ada pada dirinya akan turut mempengaruhi diri anda. Anda juga mudah untuk terikut-ikut dengan tabiat buruk rakan anda yang inginkan keseronokan sepanjang masa.

3. tumpuan dalam kelas

Jika anda tidak mahu memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran yang diajar oleh guru kerana menganggap bahawa apa yang diajar oleh guru di dalam kelas boleh diulang kaji di rumah, maka selama-lamanya anda akan ketinggalan.

4. cara menyusun jadual

Jika anda gemar menyusun jadual dengan mengutamakan masa rehat yang panjang dan kurang membaca, maka bila tiba waktu membaca anda akan banyak rileks kerana keinginan yang terbit dari naluri anda sebelumnya akan berlaku kepada anda kemudiannya.

5. daya hafalan

Jika anda membaca sambil lewa dan mengharapkan bahawa apa yang dibaca lambat laun akan dapat diingatinya, maka lupakan teknik tersebut kerana anda hanya akan ingat perkara yang mudah sahaja dan melupakan perkara yang sukar.

6. pemahaman

Jika anda merasakan anda faham tentang apa yang and abaca maka cubalah ceritakan semula kepada rakan tentang apa yang anda faham. Tetapi jika anda tergagap-gagap atau teragak-agak menceritakannya, maka sebenarnya anda masih kurang membaca. Oleh itu, anda perlu ulang membaca sehingga anda faham kandungannya.

No comments: