Monday, May 28, 2012

latihan ilmiah

ya Allah jauhkanlah aku drpd sifat mlas ya Allah.
ssah tol klau da mslah msti rasa mudah panas. mudah sgt nk marah2. ada ja yg x btol. emmm... sabar la wahai ati. jgn mudah ikut prasaan panas 2. xdpt pa pon. mmburukkan lg keadaan ada la. sabar la....
cari ketenangan dgn agama. bukan dgn hiburan... hiburan x kemana.  :(

Wednesday, May 23, 2012

Ubat malaria palsu berleluasa di Asia Tenggara

~ adess... kalau ubat pun palsu, dah tak boleh nak cakap apa dah. teruk la kalau negara kita pon banyak juga ubat palsu.  bila la pesakit nak cepat sembuh kalau macam ni?
tolong la... tak tau dah apa lagi nak jadi dengan dunia ni. banyak sangat palsu dan penipuan.  :(



Berita Harian Online | Ubat malaria palsu berleluasa di Asia Tenggara


2012/05/23

PARIS: Lebih satu pertiga daripada ubat malaria yang diperiksa saintis di Asia Tenggara didapati palsu manakala jenis yang hampir sama dianalisis di Afrika didapati di bawah standard, kata sekumpulan doktor yang memberi amaran semalam. 

“Penemuan ini adalah satu ingatan menuntut satu siri campur tangan untuk memastikan yang lebih baik dan membasmi kedua-dua pengeluaran palsu dan pembuatan yang lemah membabitkan dadah anti malaria,” kata Joel Breman dari Fogarty International Center di Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NIH).
Berdasarkan kajian dan penerbitan, penyelidik mendapati bahawa tujuh negara Asia Tenggara iaitu kira-kira 36 peratus daripada 1,437 sampel membabitkan lima kategori ubat didapati adalah palsu.
Sebanyak 30 peratus sampel didapati gagal dalam ujian bahan farmaseutikal. 

Sebanyak 20 peratus atau lebih 2,500 sampel yang diuji di 21 negara sub-Sahara membabitkan enam kelas ubat didapati palsu manakala 35 peratus adalah di bawah norma farmaseutikal. 

Ubatan sub-standard adalah satu masalah besar dalam memerangi malaria, sejenis penyakit yang membunuh 655,000 orang pada 2010, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). 

Kebanyakan ubat yang didapati palsu atau lemah pengeluarannya adalah artemisin derivatives, kata kajian itu. 
Kajian mengatakan bahawa ada banyak punca kepada masalah ini, bermula daripada preskripsi ubat sendiri semakin meluas sehingga kepada kurangnya kawalan untuk memantau kualiti ubat dan mendakwa pengeluar ubat palsu. 

Bulan lalu, Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan di Universiti Washington di Seattle melaporkan bahawa artemisin-resistant malaria yang pertama kali dikesan di Kemboja pada 2006 turut merebak ke sempadan Thailand-Myanmar sejauh 800 km. – AFP



Saturday, May 12, 2012

Jasa Bonda



hargailah jasa ibu anda... bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu... sedih tol dengar lagu ni. huhuhu

Pembelajaran Bahasa

Pembelajaran bahasa lebih kepada bahasa kedua dan bahasa asing. Pembelajaran bahasa biasanya menggunakan proses formal iaitu terdapat guru dan murid. Pembelajaran bahasa kedua kebanyakan ditetapkan oleh kerajaan. 


Bahasa kedua boleh menjadi bahasa asing jika tidak terdapat penggunaan bahasa kedua di persekitaran. Pelajar akan menunjukkan kemajuan jika diberi peluang untuk menghasilkan output. Maklum balas dan interaksi yang diberikan oleh pelajar dapat membantu pendidik untuk mengetahui sejauh mana penguasaan pembelajaran pelajarnya. Unsur rundingan dan penyusunan semula boleh dilakukan oleh pendidik dalam membantu pelajar untuk mempelajari bahasa. 


Jangka masa kritikal juga dikatakan turut memberi kesan kepada pemerolehan bahasa kedua atau bahasa asing ini. Jangka masa kritikal dikatakan satu jangka masa dimana bahasa boleh diperoleh dengan lebih mudah. Jangka masa kritikal dianggarkan akan berakhir apabila seseorang mencapai akhil baligh. Namun begitu ini tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing selepas masa kritikalnya.

Tindakan Hasil Pembelajaran

Pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing tidaklah semudah pemerolehan bahasa pertama. Oleh itu keinginan, daya usaha seseorang penting dalam mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing ini. 


Faktor jangka masa kritikal tidak boleh dijadikan alasan dalam mempelajari bahasa kedua bagi kita yang  sudah melepasi masa kritikal. Hal ini kerana jika ada minat dan kesungguhan dalam belajar kita pasti boleh mempelajari dan menguasai bahasa kedua dengan baik walaupun mungkin tidak mampu untuk menyebut atau membunyikan sesuatu sebutan seperti penutur asalnya. 


Selagi ada usaha sesiapa sahaja boleh mempelajari bahasa asing. Sedangkan seseorang yang tidak boleh bertutur masih boleh mempelajari bahasa asing inikan pula kita yang memiliki lima pancaindera yang baik.    

EGM jadi pentas hentam kerajaan

Berita Harian Online | EGM jadi pentas hentam kerajaan


kalau peguam yg ramai pon sokong bersih so fikir sendiri leee... sapa yg bersalah sbnarnya. 




EGM jadi pentas hentam kerajaan

Oleh Norhashimah Mohd Radzali dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2012/05/12

AMBIGA  SREENEVASAN turut menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Peguam Malaysia yang dihadiri 800 ahlinya di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
AMBIGA SREENEVASAN turut menghadiri mesyuarat luar biasa Majlis Peguam Malaysia yang dihadiri 800 ahlinya di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Sekumpulan peguam bantah usul, resolusi letakkan kesalahan kepada polis

KUALA LUMPUR: Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Badan Peguam Malaysia yang berlangsung secara tertutup semalam, bagi membincangkan perhimpunan BERSIH 3.0 selain meluluskan 12 resolusi dilihat sebagai pentas menghentam kerajaan dan pasukan polis.
Sehubungan itu, sekumpulan peguam yang menghadiri EGM terbabit, membantah resolusi berkenaan selain menganggap adalah tidak adil untuk badan itu meletakkan semua kesalahan di bahu polis.
Peguam Abu Backer Sidek, berkata beliau secara peribadi melihat EGM itu sebagai satu pentas yang lebih menjurus kepada perbincangan menghentam kerajaan dan pasukan polis yang bertugas pada perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

“Saya tidak setuju langsung dengan senarai usul yang dikemukakan dalam EGM itu yang seolah-olah meletakkan semua kesalahan di bahu polis sebaliknya pasukan keselamatan itu turut dikasari oleh peserta perhimpunan, ” katanya ketika ditemui selepas EGM.

Peguam Nordin Yusoff berkata, beliau berpendapat keputusan yang dicapai pada EGM berkenaan bukannya mewakili kira-kira 15,000 ahli badan peguam di seluruh negara.

“Saya kecewa dengan EGM hari ini (semalam) kerana berpendapat badan berkenaan seharusnya bersikap berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana pihak tetapi di sini seolah-olah ada yang menyokong pembangkang, ” katanya. 
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, kehadiran 1,270 ahli pada EGM berkenaan menunjukkan mereka serius terhadap persekitaran yang berlaku pada perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada EGM itu, 939 ahli menyokong 12 usul yang dikemukakan, manakala 16 orang membantah.

Terdahulu, EGM yang bermesyuarat selama tiga jam itu antara lain menyuarakan kebimbangan dan mengecam penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, rambang dan salah oleh pihak polis terhadap peserta perhimpunan.

Badan itu juga meminta polis mengenal pasti dan menyerahkan anggotanya yang terbabit dalam salah laku dan mencederakan orang awam, pengamal media dan peguam, untuk pendakwaan.

Selain meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memohon maaf bagi tindakan polis ketika perhimpunan itu termasuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata, selain turut meminta maaf kepada orang awam, pengamal media serta peguam yang dikasari dan dipukul polis.