Thursday, March 18, 2010

Pelajar kampus boleh dikongsi bersama rakyat

IPOH 17 Mac - Kerajaan negeri percaya ruangan Helo Kampus yang diperkenalkan akhbar Utusan Malaysia Edisi Utara dapat dikongsi bersama dengan rakyat jelata.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ruangan tersebut sekurang-kurangnya memperkenalkan sesebuah institusi pengajian, aktiviti-aktiviti yang ada dan ciptaan yang dihasilkan pensyarah dan pelajar di kampus yang ada di negeri ini.
"Saya ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia kerana memperkenalkan ruangan khas ini.Kehidupan di kampus perlu dikongsikan bersama dengan rakyat kerana sesetengah rakyat tidak tahu kegiatan yang ada di kampus," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.Semalam, akhbar Utusan Malaysia memperkenalkan ruangan baru iaitu Helo Kampus untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti pusat pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej-kolej pengajian.

http://www.utusan.com.my/

No comments: