Friday, March 12, 2010

Kanak-kanak sudah bersedia terhadap perkahwinan di usia muda?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

13/03/2010 11:23am

KUALA LUMPUR 13 Mac — Di zaman serba moden ini, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun biasanya dianggap budak sekolah, yang masih ligat bermain dan tidak sukakan kerja seperti mengemas rumah dan memasak.

Jangan bandingkan dengan zaman Malaysia masih dikenali Malaya dulu, kata majoriti orang ramai apabila tercetusnya berita budak perempuan berusia 10 dan 11 tahun dipaksa berkahwin dengan lelaki lebih berusia di negara ini.

Dua kes pernikahan yang berlaku di Kelantan itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di Jelawang dan satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas baru-baru ini.

Biarpun perkahwinan bawah umur sah dari segi agama, namun ramai yang mempersoal tujuan kedua-dua pernikahan itu diadakan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dilaporkan tidak bersetuju terhadap perkahwinan bawah umur kerana menurutnya Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat bukan semata-mata dilihat daripada sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Biarpun ada yang mengatakan kanak-kanak perempuan kini cepat matang, namun persoalan yang lebih penting di sini ialah adakah kanak-kanak pada usia semuda itu pada masa kini sudah bersedia secara psikologi dan mental terhadap ikatan sebuah perkahwinan?

Pakar psikologi perkembangan Dr Mariani Mansor berkata perkahwinan sedemikian pastinya akan menggugat perkembangan kanak-kanak terbabit daripada segi fizikal, pemikiran, sosial dan emosi.

Beliau berkata perkahwinan itu boleh memberi kesan negatif pada kanak-kanak berkenaan dengan akhirnya kanak-kanak itu berkemungkinan menjadi isteri yang tidak baik.

"Seorang lelaki yang sudah berumur pastinya mahu seorang isteri yang boleh berfungsi sepenuhnya daripada semua segi sedangkan kanak-kanak terbabit masih di peringkat kanak-kanak,” katanya kepada Bernama di sini. - Bernama


1 comment:

shu hana said...

nk ckap rasa bersalah tp klau x cakap ada sja perasaan tak puas ati dlm diri. maklum la org perempuan ni... pada pandangan saya la... tak salah kalau ada lelaki yang berumur 40 ke atas nak kahwin dengan orang muda. Tapi jangan la sampai tahap budak sekolah rendah ni... ingat la sama budak tu kecil lagi biar la dia abiskan masa di sekolah dulu.

setidak-tidaknya klau nak yang muda cari la yang umur 18. Biar abis SPM dulu.