baru-baru ni pakcik saya sakit. mula-mula tau dia ada kencing manis. lepas tu siap muntah darah. bawa pergi hospital Dr. cakap penyakit TIBI.
tapi yg peliknya kenapa setiap kali time maghrib n sebelum subuh mesti sakit teruk. lain macam ja..
dah tak tau nk wt pe lg... so fmly bawa pergi jumpa bomoh gak la.
CAM X PECAYA LEPAS TU KELUAR KACA N RAMBUT KT KAKI PAK CIK.. (dia ckap kena santau)
klau x keluar kaca 2 memg x mgkin la saya nak pecaya... tapi x logik juga la klau sebab penyakit TIBI je sampai keluar kaca ikut kaki kan?
kita ni sesama manusia.. ada akal, ada hati dan yang penting ada agama. klau ada salah silap bukan ke lebih baik bawa berbincang.
hati2 la.. kalau yang Islam 2 boleh la amalkan ayat ni.. moga2 mampu jadi pendinding diri kita drpd santau.
Friday, April 19, 2013
Saturday, April 6, 2013
DEMAM MENGUNDI
SEKARANG NI BUKA FB KE, TV KE, PAPER KEEE SAMA JA....
tak ada tajuk lain melainkan hal mengundi..
tak kira apa pon pilihan anda yang penting jangan sampai bergaduh k.
pilih parti yang anda fikirkan terbaik untuk negara dan bukannya disebabkan kepentingan diri sendiri je k.
pilihan hari ini akan menentukan apa yang akan berlaku kepada negara pada masa hadapan.
pikir dulu sebelum pangkah.
boleh gitu? hehe jangan marah aaa...

Tuesday, January 8, 2013
Butiran Semakan Vokasional 2013 Tingkatan 4:
Butiran Semakan Vokasional 2013 Tingkatan 4:
- Tarikh Semakan Vokasional 2013 : 11 Januari 2013
- Hari : Jumaat
- Masa : Bermula 8 malam
LINK Semakan Kolej Vokasional 2013 Tingkatan 4 :
- Semakan vokasional 2013 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
- Laman web untuk semakan vokasional 2013 adalah di sini:
=> http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2013/
Dan dalam pada masa yang sama, para
pelajar yang berjaya diterima akan menerima panggilan telefon atau surat
yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran ke Kolej
Vokasional
Andaikata anda ada sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kolej Vokasional, anda boleh cuba hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.
Rayuan Permohonan ke Kolej Vokasional Tingkatan 4
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan permohonan ke Kolej Vokasional
- Rayuan permohonan Kolej Vokasional boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional yang berkenaan.
- Keputusan rayuan Kolej Vokasional 2013 tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Monday, June 25, 2012
tak sabar nak balik rumah
29 hb 6 ni i nak balik umah. hehe dah tak lama dah.
mak cakap udang ikan dah naik banyak. tak sabar nak makan mkanan segar dari laut. btuah jugak sebenarnya jadi anak nelayan ni...
mak cakap udang ikan dah naik banyak. tak sabar nak makan mkanan segar dari laut. btuah jugak sebenarnya jadi anak nelayan ni...
sedap tau makan maggi masak sendiri ni...
yang ni gambar udang n petai yg tak masak lg le.. nk wt sambal petai n udang.. favorite i ni..hehe
ni pulak gambar gulai ketam.. emmm...
yg ni plak air nira nipah. pernah minum tak? sedap tau. rugi kalau tak minum.
11 golongan yg didoakan malaikat
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Wallahualam.
Thursday, June 21, 2012
Cara-cara untuk melembutkan hati mengikut kaedah ISLAM
Kita kadang kala ada masalah dalam melembutkan hati orang lain mahu pun hati kita sendiri.. sedarkah kite sebenarnya Islam telah pun menyediakan jalan keluar dalam setiap permasalahan? sesungguhnya hati yg lembut mudah dilekati IMAN.
Untuk itu, beberapa nasihat berikut patut kita renungi bersama dalam usaha kita untuk melembutkan hati. Kita hendaklah sentiasa:
1. Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat.
2. Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti diminta pertanggungjawabannya.
3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syaitan.
4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita.
5. Takut akan balasan seksa yang segera di dunia, kerana maksiat yang kita lakukan.
6. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.
7. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
8. Takut akan azab di alam kubur.
9. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan.
10. Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam dari pedang.
11. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.
12. Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita.
13. Takut tidak diterima amalan-amalan kita.
14. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan kita sendiri.
15. Kekhuatiran kita menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada hari timbangan ditegakkan.
16. Sembunyikanlah amal-amal kita dari riya' ke dalam hati, kerana terkadang riya' itu memasuki hati kita, sedang kita tidak merasakannya. Hasan Al Basri rahimahullah pernah berkata kepada dirinya sendiri. "Berbicaralah engkau wahai diri. Dengan ucapan orang soleh, yang qanaah lagi ahli ibadah. Dan engkau melaksanakan amal orang fasik dan riya'. Demi Allah, ini bukan sifat orang mukhlis".

17. Ketahuilah bahwa amal soleh dengan keistiqomahan jauh lebih disukai Allah daripada amal soleh yang banyak tetapi tidak istiqomah dengan tetap melakukan dosa.
18. Setiap kali kita mendengar kematian seseorang maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat. Dan jika kita menyaksikan jenazah maka bayangkanlah jika kita yang sedang diusung.
19.jangan menyatakan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita tetap mengumpul-ngumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikit pun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal tidak pernah ingat akan mati.
20. Ingatlah bahwa kita sangat tidak kuat menghadapi cubaan dunia. Lantas apakah kita sanggup menghadapi panasnya jahannam?

Saturday, June 16, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)