kadang-kadang kalau orang luar tegur atau cakap sesuatu tentang masalah negara kita lebih mudah untuk kita terima daripada orang kita sendiri yang bercakap tentang masalah negara kita. Mungkin juga sikap kita yang suka ambil mudah dan anggap sesuatu masalah yang berlaku itu adalah perkara biasa. contohnya penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu oleh rakyat malaysia.
hari ini 22/10/11 saya ada terbaca dewan bahasa keluaran mac 2009 berkaitan bahasa dari kaca mata asing ditulis oleh Hara Shintaro. beliau merupakan seorang pelajar bahasa melayu dan telah menjadi guru bahasa Melayu ada mennyatakan berkaitan minatnya mempelajari bahasa Melayu dan beliau juga ada meluahkan perasaan sedih dan kecewa terhadap penggunaan bahasa Melayu di Malaysia.
menurut beliau sikap acuh tak acuh terhadap bahasa Melayu akan membawa akibat yang tidak diingini. Nilai sesuatu bahasa itu bergantung kepada penggunaanya. semakin banyak bahasa itu digunakan, semakin bernilai bahasa itu.
-bahasa Melayu memang mempunyai keistimewaan. bahasa melayu mudah dipelajari. dengan sifat yang sederhana, bahasa melayu boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.
-peminggiran bahasa Melayu yang semakin menjadi-jadi bukan disebabkan kelemahan bahasa Melayu. bahasa Melayu menjadi semakin lemah dan tidak bernyawa disebabkan oleh penutur aslinya.
-sebagai langkah pertama untuk mengubah sikap ini adalah dengan menghentikan penggunaan bahasa asing dalam keadaan yang tidak perlu. sebaliknya gunakan bahasa Melayu sepenuhnya, bukannya separuh-separuh yang berbaur bahasa lain.
-jadikanlah bahasa Melayu sebagai bahasa kepunyaan bangsa yang benar-benar merdeka. hal ini sesungguhnya bermula dengan ketegasan diri.