Tuesday, July 27, 2010

RM2.4 juta pulih kanak-kanak kurang zat

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

KUALA KRAU 26 Julai - Kementerian Kesihatan memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memulihkan 77,659 kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami kekurangan zat makanan di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peruntukan itu disediakan di bawah Program Pemulihan Kanak- Kanak Kekurangan Zat Makanan tahun ini untuk memastikan kanak-kanak di negara ini mencapai pertumbuhan optimum.

Katanya, dari 2000 hingga 2009, terdapat seramai 130,888 kes kanak-kanak kekurangan zat makanan di seluruh negara.

''Daripada jumlah itu, 53,229 kes telah diberikan bantuan makanan berzat dan hasilnya 24.3 peratus daripada mereka berjaya dipulihkan.

''Pada tahun lalu sahaja, 2,882 kanak-kanak kekurangan zat makanan di Semenanjung turut menerima bantuan makanan iaitu 45.9 peratus daripada mereka adalah anak Orang Asli," katanya.

Beliau berucap sempena lawatan kerja dan penyampaian bakul makanan kepada penduduk Orang Asli di Kampung Penderas dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Kementerian Kesihatan, Datuk Ahmad Shafii Saidin.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar.

Menurut Rosnah, status pemakanan kanak-kanak di bawah umur lima tahun di negara ini berada pada tahap baik iaitu 93 peratus dan mempunyai berat badan normal.

Bagaimanapun, tambahnya, data klinik menunjukkan anak Orang Asli di bawah umur lima tahun berada pada tahap sederhana iaitu 73 peratus dan tidak mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kata beliau, mengikut WHO bagi sesebuah negara membangun, peratusan kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mempunyai berat badan normal mestilah melebihi 90 peratus.

Sehubungan itu, kata Rosnah, Kementerian Kesihatan akan terus menyalurkan bantuan kepada pihak yang layak dan memerlukan bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melihat generasi sihat dan cemerlang berjaya dicapai pada masa akan datang.

''Kementerian Kesihatan telah menjalankan pelbagai aktiviti dan promosi kesihatan termasuk melalui Kempen Cara Hidup Sihat. ...diharapkan orang ramai memberi sokongan terhadap usaha yang dijalankan Kementerian Kesihatan kerana hampir semua penyakit boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat.

membina perhubungan

Sebagai seorang manusia yang normal kita sering kali ingin mewujudkan perhubungan dengan makhluk lain. Namun begitu, adakah kita sedar hakikat sebenarnya tentang keperluan sesebuah perhubungan dan sejauh mana sesuatu hubungan itu ingin dibina?

Sebelum memulakan sesuatu perhubungan seseorang individu itu haruslah sedar bahawa dirinya ingin berhubung dengan orang lain. Oleh itu, bagi memudahkan sesuatu perhubungan itu terjalin, kita perlulah memulakan sesuatu hubungan dengan berkomunikasi dengan orang yang ingin dijalinkan hubungan tersebut. mulakan dengan berkenalan dengan cara yang lebih kepada pengetahuan berkaitan diri individu tersebut seperti nama, tempat asal, berapa orang adik beradik dan sesuatu yang berkaitan minat beliau seperti hobi atau sukan kegemarannya.

peringkat kedua: membuat pilihan.
pemilihan sama ada ingin meneruskan perhubungan atau tidak mestilah dibuat secara sebaik-baiknya seperti dari segi keserasian. Apa yang penting jangan menilai seseorang berdasarkan rupa paras semata-mata. Fikirkan dulu sama ada hubungan anda dan individu tersebut bersifat saling melengkapi dan bertolak ansur atau tidak. Sesebuah hubungan biasanya sukar bertahan dalam tempuh masa yang lama jika sikap atau sifat bertolak ansur tidak wujud dalam sesebuah perhubungan.

peringkat ketiga: mengekalkan hubungan erat supaya saling mudah memahami antara satu sama lain.
boleh bermula dengan pendedahan kendiri seperti saling bertukar-tukar maklumat berkaitan diri yang boleh meningkatkan lagi interpersonal diri masing-masing.

peringkat keempat: kekalkan perhubungan
berusahalah untuk bertahan dengan perhubungan baik anda dengan beliau dalam satu tempoh masa yang panjang. Jika merasakan diri anda sesuai untuk terus berhubug dengannya jagalah hubungan tersebut dengan sebaik mungkin.

Sunday, July 18, 2010

Kanak-kanak gemuk mudah kena diabetes

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kanak-kanakgemukmudahkenadiabetes/Article

2010/07/18
KUALA LUMPUR: Masalah diabetes atau kencing manis membabitkan kanak-kanak dan remaja negara ini lebih ketara di kalangan mereka yang mengalami obesiti atau kegemukan.

Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya, Dr Fuziah Md Zain, statistik 2006 hingga 2008 di negara ini menunjukkan 630 kanak-kanak dan remaja menghidap diabetes dan sebahagian daripada mereka sudah mula menerima suntikan insulin sejak berusia setahun
“Masalah diabetes di kalangan kanak-kanak tidak datang sendiri malah sering dikaitkan dengan masalah kegemukan atau obesiti semakin meningkat. “Pada 2006 saja, 5.4 peratus pelajar sekolah mengalami masalah obesiti dengan nisbah seorang bagi setiap pelajar di Kuala Lumpur saja.

“Penyakit ini tidak akan pulih, tetapi ia masih boleh dikawal dibantu amalan disiplin dari segi pemakanan dan amalan gaya hidup sihat dan semangat kuat,” katanya merasmikan program Kem Diabesiti 1Malaysia 2010 anjuran Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya di Zoo Negara, di sini, semalam.

Kem kesihatan yang disertai 60 peserta mengalami obesiti dan diabetes ini dianjurkan sejak tiga tahun lalu.

Ia direka khusus untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 18 tahun yang mengalami masalah obesiti ataupun diabetes

Friday, July 16, 2010

Kenyataan akhbar Perdana Menteri mengenai penyelarasan harga bahan api dan gula

BERITA HARIAN 2010/07/16

... Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat

Selaras dengan itu, Kabinet mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutama petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan gula akan diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini

Keputusan menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya, diasaskan daripada tiga perkara penting:

* Semua subsidi ini tidak menepati sasaran ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi, yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

* Barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 saja, ramai penyeludup ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi ada perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.
* Kita perlu menukar cara menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes dan peningkatan jumlah penghidap diabetes, kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan adalah langkah yang tepat.

...Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah perkara penting bagi negara dengan kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

...Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun ada penyelarasan harga.

Selain itu, penyelarasan harga barang akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan, iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. ...Ini termasuk pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minimum berbanding cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi kepentingan rakyat dengan keperluan menguruskan defisit negara.

(untuk maklumat lebih lanjut
Berita Harian Online | Kenyataan akhbar Perdana Menteri mengenai penyelarasan harga bahan api dan gula )

Thursday, July 15, 2010

penyakit oh penyakit

cuti sem 2 banyak kes keluarga tak sihat dan asyik sakit ja.

Permulaan kisah cuti sem bermula dengan mak sakit dua minggu terjatuh di bilik air. Kiranya hari pertama pulang mak dah 5 hari sakit teruk jga la tak boleh bagun berjalan. kata mak "biasa la umur lama". waktu tu mesin basuh rosak kesian betul dekat adik dan diri sendiri basuh baju keluarga menggunakan tenaga 4 kerat ja.

Lepas dua hari mak sihat, adik lelaki pula masuk hospital untuk buang besi yg dipelihara selama 4 tahun dekat bahagian kakinya.emmm... nak buat apa lagi tak kan nak pelihara sampai tua pula kan. Katanya kaki dia akan berasa sakit seperti disambar petir apabila hari hujan dan waktu guruh kilat. Dia kemalangan waktu tingkatan 3 semasa nak balik dari rumah rakan untuk berbincang tentang kerja sekolah.Dia masuk hospital 5 hari. Lepas 3 hari di hospital baru doktor buang besi dan lepas tu I tinggal kat sana juga 2 malam.

Kesian tengok dia tak boleh nak bergerak kaki tu. Nak buang air kecil atau besar perlu guna bekas khas dan semua tu dibuat atas katil tu juga la. Cuba bayangkan susah kan. Soal sakit lepas buang besi tu boleh dikatakan dalam satu malam dia boleh tidur dalam dua hingga 3 jam saja. jadi kepada insan-insan yang teringin nak merempit atau menggunakan jalan raya sesuka hati tu berfikir dua atau tiga kali la. Bukan best pun kalau patah sana sini tu. Dalam masa seminggu juga la dia tak dapat bergerak.

Dua hari lepas dia boleh berjalan semula, adik bongsu yang berumur 9 tahun pula asyik sakit bahagian dada. Disebabkan rasa risau sebab adik selalu sakit mak membawa dia berjumpa dengan doktor pakar. Doktor cakap adik mungkin ada penyakit jantung dan setelah pemeriksaan lanjut adik mengalami masalah dengan bahagian injap dan jantung dia sedikit bengkak.Selain tu, adik juga ada penyakit kolestrol tinggi. Adik perlu makan ubat setiap malam dan boleh dikatakan dalam tempoh 7 bulan sekolah pada tahun ni lebih dari 40 hari dia tak pergi sekolah. Dalam seminggu mesti ada saja hari dia tak ke sekolah sakit. doktor nasihatkan dia makan makanan kukus dan bakar senang cakap yang tak berlemak dan kurang minyak.

Apa yang penting waktu sihat jaga la kesihatan dan pemakanan anda. Adik tu waktu sihat dulu tiap-tiap hari kalau tak ada ayam jangan mimpi la nak makan nasi. petang-petang ayah mesti bawa dia pergi beli ais or ayam or makanan ringan yang tak berkhasiat tu. Sayang sangat. Moralnya...
Tak salah kalau ibu bapa nak manjakan anak bongsu atau semuanya sekali tapi ingat la jangan sampai kerana sayangkan anak tak bertempat akhirnya anak sendiri dapat sakit atau berlaku sesuatu yang tak diingini