Thursday, December 31, 2009

Pahit manis belajar bahasa Inggeris (1)

Bahasa Inggeris satu subjek yang diminati atau digeruni ?

Setiap orang mempunyai jawapannya yang tersendiri. Pada saya, jawapan bagi persoalan ini sudah semestinya BI adalah satu subjek yang digeruni. Mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu seperti malu, takut guru dan sering ditertawakan oleh rakan sebaya. Selain itu terdapat pelbagai lagi alasan mengapa Bahasa Inggeris menjadi satu subjek yang menggerunkan.

Cara pembelajaran Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah tidak menjadi masalah yang besar pada saya tetapi semua berubah apabila mula melangkahkan kaki ke peringkat yang lebih tinggi (sekolah menengah). Pada hari pertama belajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah saya mula sedar betapa berbezanya cara pembelajaran yang terpaksa saya lalui berbanding dengan sekolah rendah.

Cara pembelajaran di peringkat sekolah rendah saya sangat mudah. Masuk kelas dan dengar apa yang diajar oleh guru. Apabila waktu BI sudah tamat tutup buku dan tunggu saja guru lain masuk ke dalam kelas untuk mengajar subjek lain. Mudah kan? Mudah ke? Walaupun mudah saja bunyinya tetapi itu tidak bermakna saya tidak ada kerja sekolah dan tidak perlu membuat kerja sekolah. Kerja sekolah tetap kerja sekolah dan itu yang paling saya tidak suka. Ada ke orang yang suka kerja sekolah?

Emm… rasanya bahagian kerja sekolah ni yang paling tidak seronok dan yang saya tidak suka tentang BI pada waktu itu. Pada saya sama ada saya cuba untuk menyiapkannya atau tidak itu bukan sesuatu yang penting. He..he.. ada ke orang yang akan bersetuju dengan pendapat saya tu? Bukan sebab saya menganggap subjek BI tidak penting tetapi kadang-kala menjadi sesuatu yang menyakitkan apabila didenda berdiri di luar kelas sehingga dapat menyiapkan kerja yang diberi. Walaupun hanya satu soalan yang tidak siap dendanya tetap sama.

Dalam keluarga saya, saya anak pertama. Mak dan ayah bukanlah orang yang berpelajaran tinggi. Oleh itu, menjadi sesuatu yang sukar untuk saya bertanya kepada mak dan ayah berkaitan subjek BI. Niat di hati bukanlah nak menyalahkan mereka. Tetapi sekadar nak beri tahu bukan mudah untuk belajar BI pada waktu itu. Susah senang kerja sekolah yang diberikan tidak ada sesiapa yang boleh membantu. Jadinya apabila tidak dapat menyiapkan kerja disebabkan tidak faham atau tidak tahu jawapan apa yang perlu dilakukan adalah tunggu saja denda yang akan diberikan. Pada waktu itu saya merasakan sungguh tidak adil apabila saya berusaha untuk menyiapkan kerja yang diberi akhir-akhir sekali didenda berdiri di luar kelas sehingga dapat menyiapkan kerja. Masalahnya bagaimana kerja sekolah itu nak disiapkan kalau soalan pun saya tidak faham.

Nak meniru? Pelajar sekolah rendah memang baik, patuh cakap guru dan apabila guru cakap jangan beri rakan tiru, jadinya tidak ada sesiapa yang akan memberi jawapan kepada rakan. Takut dimarah oleh guru. Biar la kawan karib ke, kawan sehidup semati ke, semuanya itu tidak menjadi alasan untuk membenarkan rakan meniru kerja sekolah yang diberikan. Ha..ha.. kelakarkan. Sebenarnya ada lagi yang lebih kelakar dan menyakitkan hati. Mahu tidaknya akibat sikap lurus rakan-rakan pada waktu itu saya terpaksa berdiri di luar selama satu jam untuk menyiapkan satu soalan. Bayangkan… hanya disebabkan tidak dapat menyiapkan satu soalan. Alangkah baiknya kalau cikgu memberi kelonggaran atau bertanyakan sebab saya tidak dapat menyiapkan kerja tersebut. NASIB BADAN…(tak mengaku bersalah lagi tu)

Itu saja la tentang waktu sekolah rendah. Banyak lagi sebenarnya tetapi tak nak la cerita semua.

Sunday, December 27, 2009

Jenis Wajah Mayat di Dalam Kubur Sun, 08/05/07 09:33 AM

GharizatulBaqa'
Total posts: 56
Member since: March 2006

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri...harta yang haram. Merompak...harta haram. Melesapkan duit kawan...harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi,mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal.


Bersama-samlah kita memohon kehadrat Allah SWT agar dimasukkan ke golongan orang-orang yang beriman..Amin

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Thursday, December 24, 2009

BETULKAH CIKGU SELALU PILIH KASIH ?

Masalah cikgu yang suka pilih kasih selalu menjadi satu topik perbualan antara pelajar-pelajar sekolah. Pelajar sekolah mana yang tidak pernah menimbulkan persoalan sebegini??? Kelakar bunyinya kalau dalam sebuah sekolah tidak ada langsung pelajar yang membangkitkan isu guru pilih kasih ni.

Masalahnya sekarang betulkah cikgu yang selalu pilih kasih atau pelajar yang sebenarnya salah faham? Kalau nak disalahkan cikgu 100% rasanya tidak adil. Hal ini kerana tidak semua cikgu bersifat begitu. Nak disalahkan pelajar 100% pun rasanya tidak adil juga. Maklum la jika cikgu tidak terlalu memberi lebih perhatian kepada sesetengah pelajar masalah cikgu pilih kasih mungkit tidak akan timbul.

Sesetengah cikgu menganggap memberi perhatian yang lebih kepada sesetengah pelajar adalah tidak salah untuk tujuan memajukan lagi prestasi pelajar-pelajarnya dan ada juga yang menganggap sesetengah pelajar yang cemerlang perlu diberi perhatian yang lebih berbanding pelajar yang lain untuk menaikkan nama sekolah. Namun begitu tidak semuanya guru bersifat sedemikian.Ada juga sesetengah guru memilih untuk memberi perhatian yang lebih sedikt kepada pelajar-pelajar yang dianggap biasa atau kurang pintar berbanding rakan-rakan sekelas atau rakan-rakan dari tahun yang sama.

Pada pandangan saya,guru yang sering meluangkan masa dan memberi perhatian kepada pelajar yang kurang cemerlang adalah seoraang guru yang baik. Guru sebegini sebenarnya adalah seorang guru yang betul-betul mahu melihat pelajarnya berjaya dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Tidak ada gunanya jika seorang pelajar kesayangan guru ini dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangkan berpuluh-puluh lagi pelajar seumur dan seguru dengannya gagal melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi misalnya. Sebenarnya adakah cikgu tersebut merasa bangga dengan pencapaian dan tugasnya selama ini? Jika difikir-fikirkan secara sewajarnya jawapan bagi persoalan ini adalah cikgu tersebut tidak sepatutnya berasa bangga dengan pencapaian dan tugasnya selama ini. Sifat cikgu yang sebegitu adalah sesuatu yang merugikan. Guru yang sama, mengajar pada waktu dan tempat yang sama tetapi menghasilkan pelajar yang berbeza kemampuan atau pencapaian hanya disebabkan sifat pilih kasih yang wujud dalam diri guru itu sendiri.

Walau bagaimanapun,kadang-kala gambaran yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tidak semuanya berpunca dari kesalahan cikgu tersebut tetapi berpunca dari perasaan salah sangka atau iri hati pelajar tersebut.Ha...ha... tak boleh nak salahkan pelajar sangat sebenarnya. Sudah menjadi lumrah setiap insan inginkan perhatian apatah lagi anak-anak yang sedang membesar seperti ini. Perasaan ini adakalanya mendatangkan kesan positif dan kadang-kadang turut mendatangkan kesan negatif. Contoh, seorang pelajar yang merasakan gurunya suka memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang pintar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk mendapatkan perhatian guru tersebut.

Namun begitu,setiap pelajar haruslah mengelakkan diri daripada berfikiran negatif dan mengambil keputusan yang boleh mendatangkan keburukkan kepada guru,sahabat dan diri sendiri. Misalnya, memilih untuk merosakkan kereta cikgu kerana tidak puas hati dengan layanan yang dianggap berat sebelah.

1 MALAYSIA



Sambutan Minggu 1 Malaysia diadakan di Kolej Aminuddin baki,UKM.


Antara kelebihan mengikuti program seperti Program 1malaysia adalah kita dapat melihat budaya pelbagai kaum & dapat banyak ilmu baru. Antara malam yang saya ikut serta adalah malam kebudayaan Sarawak, malam kaum Cina dan kaum India. Saya telah ikut serta kelas bahasa Sarawak dan dapat belajar beberapa perkataan seperti saya dalam bhasa Sarawak di sebut “kamek” , awak disebut “kitak” dan `hari ini aku mahu makan ayam panggang’ di dlm bhasa serawak “Hari tok kamek mok makan manok panggang” . Selain itu dapat belajar membuat perhiasan dengan mengunakan daun kelapa. Permainan @ terian mengunakan buluh merupakan antara perkara yang menarik dan menyeronokkan pada malam tersebut. Permainan itu amat menyeronokkan walaupun pada mulanya nampak menakutkan apabila buluh-buluh itu dirapatkan dan permainan dimainkan semakin lama semakin pantas. Pada malam kaum cina dapat pengalaman merasa telor herba dan dapat menulis nama sendiri dalam bahasa cina. Pada malam kaum India pula dapat menyertai aktiviti berinai dan melihat pertandingan membuat logo bertemakan perpaduan kaum yg terdapat di Malaysia dengan menggunakan beras berwarna-warni.



Tuesday, December 22, 2009

zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah

Waktu kanak-kanak biasanya kita akan dipenuhi dengan gelak tawa (bestkan...). Kebiasaannya waktu kecil kita hanya fikir nak makan, main, tidur. Namun begitu keseronokkan bermain dan berkawan mungkin berbeza jika dibandingkan dengan waktu dahulu dan sekarang. Selain itu perbezaan tempat dan keadaan di sekeliling juga akan turut mewujudkan suasana dan cara bermain yang berbeza. Contohnya, pada tahun 1995 kanak-kanak akan menhabiskan masa petang mereka dengan permainan tradisional seperti congkak, bermain sembunyi-sembunyi, ketenteng, batu lambung dan banyak lagi yang melibatkan permainan secara berkumpulan dan permainan ini biasanya dimain di kawasan perkarangan rumah atau di kawasan lapang yang berhampiran.

Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan permainan kanak-kanak pada waktu sekarang, kanak-kanak sekarang bukan sahaja tidak tahu memainkan permainan tradisional malah tidak mempunyai peluang bermain yang serupa dengan kanak-kanak pada zaman dahulu. kebiasaannya mereka hanya bermain secara bersendirian di dalam rumah seperti bermain permainan komputer. Permainan yang sebegini sebenarnya menyebabkan mereka kurang pandai bergaul dengan rakan sebaya.

i suka lagu ni

JADIKAN KESUSAHAN & KEGIGIHAN SESEORANG SBG PENGAJARAN

lagu ini menceritakan kesusahan hidup seorang anak yg dtg dari keluarga yg susah. Walaupun hidup dalam serba kekurangan jika dibandingkan dengan orang lain tetapi azam dan usaha yg gigih telah menjadikan dia sebagai seorang yg berjaya. Semoga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua!!!

salam

Tidak ada manusia yang dilahirkan dengan ilmu yang penuh di dada. Mencapai kejayaan dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Sama ada suka atau tidak kita haruslah berusaha untuk mendapatkan kejayaan dlam hidup. Antara perkara yang perlu kita ingat jangan mudah putus asa dan menyerah kalah dengan dugaan yang tiba.