Tuesday, December 22, 2009

zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah

Waktu kanak-kanak biasanya kita akan dipenuhi dengan gelak tawa (bestkan...). Kebiasaannya waktu kecil kita hanya fikir nak makan, main, tidur. Namun begitu keseronokkan bermain dan berkawan mungkin berbeza jika dibandingkan dengan waktu dahulu dan sekarang. Selain itu perbezaan tempat dan keadaan di sekeliling juga akan turut mewujudkan suasana dan cara bermain yang berbeza. Contohnya, pada tahun 1995 kanak-kanak akan menhabiskan masa petang mereka dengan permainan tradisional seperti congkak, bermain sembunyi-sembunyi, ketenteng, batu lambung dan banyak lagi yang melibatkan permainan secara berkumpulan dan permainan ini biasanya dimain di kawasan perkarangan rumah atau di kawasan lapang yang berhampiran.

Hal ini amat berbeza jika dibandingkan dengan permainan kanak-kanak pada waktu sekarang, kanak-kanak sekarang bukan sahaja tidak tahu memainkan permainan tradisional malah tidak mempunyai peluang bermain yang serupa dengan kanak-kanak pada zaman dahulu. kebiasaannya mereka hanya bermain secara bersendirian di dalam rumah seperti bermain permainan komputer. Permainan yang sebegini sebenarnya menyebabkan mereka kurang pandai bergaul dengan rakan sebaya.

1 comment:

zura said...

betul2..ak setuju 2..budak2 sekarang ni mana nak main sembunyi2 ni shu kan.. diorang lebih suka meronda tanpa haluan terutamanya kat bandar2.. kalau kat kampung 2 mungkin ada lagi la permainan cam kita kecik-kecik dulu..