Thursday, December 24, 2009

BETULKAH CIKGU SELALU PILIH KASIH ?

Masalah cikgu yang suka pilih kasih selalu menjadi satu topik perbualan antara pelajar-pelajar sekolah. Pelajar sekolah mana yang tidak pernah menimbulkan persoalan sebegini??? Kelakar bunyinya kalau dalam sebuah sekolah tidak ada langsung pelajar yang membangkitkan isu guru pilih kasih ni.

Masalahnya sekarang betulkah cikgu yang selalu pilih kasih atau pelajar yang sebenarnya salah faham? Kalau nak disalahkan cikgu 100% rasanya tidak adil. Hal ini kerana tidak semua cikgu bersifat begitu. Nak disalahkan pelajar 100% pun rasanya tidak adil juga. Maklum la jika cikgu tidak terlalu memberi lebih perhatian kepada sesetengah pelajar masalah cikgu pilih kasih mungkit tidak akan timbul.

Sesetengah cikgu menganggap memberi perhatian yang lebih kepada sesetengah pelajar adalah tidak salah untuk tujuan memajukan lagi prestasi pelajar-pelajarnya dan ada juga yang menganggap sesetengah pelajar yang cemerlang perlu diberi perhatian yang lebih berbanding pelajar yang lain untuk menaikkan nama sekolah. Namun begitu tidak semuanya guru bersifat sedemikian.Ada juga sesetengah guru memilih untuk memberi perhatian yang lebih sedikt kepada pelajar-pelajar yang dianggap biasa atau kurang pintar berbanding rakan-rakan sekelas atau rakan-rakan dari tahun yang sama.

Pada pandangan saya,guru yang sering meluangkan masa dan memberi perhatian kepada pelajar yang kurang cemerlang adalah seoraang guru yang baik. Guru sebegini sebenarnya adalah seorang guru yang betul-betul mahu melihat pelajarnya berjaya dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

Tidak ada gunanya jika seorang pelajar kesayangan guru ini dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangkan berpuluh-puluh lagi pelajar seumur dan seguru dengannya gagal melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi misalnya. Sebenarnya adakah cikgu tersebut merasa bangga dengan pencapaian dan tugasnya selama ini? Jika difikir-fikirkan secara sewajarnya jawapan bagi persoalan ini adalah cikgu tersebut tidak sepatutnya berasa bangga dengan pencapaian dan tugasnya selama ini. Sifat cikgu yang sebegitu adalah sesuatu yang merugikan. Guru yang sama, mengajar pada waktu dan tempat yang sama tetapi menghasilkan pelajar yang berbeza kemampuan atau pencapaian hanya disebabkan sifat pilih kasih yang wujud dalam diri guru itu sendiri.

Walau bagaimanapun,kadang-kala gambaran yang diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tidak semuanya berpunca dari kesalahan cikgu tersebut tetapi berpunca dari perasaan salah sangka atau iri hati pelajar tersebut.Ha...ha... tak boleh nak salahkan pelajar sangat sebenarnya. Sudah menjadi lumrah setiap insan inginkan perhatian apatah lagi anak-anak yang sedang membesar seperti ini. Perasaan ini adakalanya mendatangkan kesan positif dan kadang-kadang turut mendatangkan kesan negatif. Contoh, seorang pelajar yang merasakan gurunya suka memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang pintar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk mendapatkan perhatian guru tersebut.

Namun begitu,setiap pelajar haruslah mengelakkan diri daripada berfikiran negatif dan mengambil keputusan yang boleh mendatangkan keburukkan kepada guru,sahabat dan diri sendiri. Misalnya, memilih untuk merosakkan kereta cikgu kerana tidak puas hati dengan layanan yang dianggap berat sebelah.

4 comments:

zura said...

x de la selalu pilih kasih su.. x baik tau,ada je cikgu yg cyg ank murid dia sama rata....

shu hana said...

ha..ha..ha... ye la btul la pa yg ko ckap 2 memg x semua cikgu cam2.Cikgu aku pun ada gak yg baik dgn semua plajar.Sama rata ja x pillih kasih pun. Tp ada gak yg .....

Unknown said...

cikgu kat skolah sy ada.. sorg .. smpai snggup suruh student tu tipu markah sbb nak hntar student tu pergi wakil.. sedangkan ramai lagi student yg layak ikut.. alasan dia sbb dah lama kenal student tu.. patut ke cam tu??

Anonymous said...

Hemm ini masalah beratšŸ¤”