Saturday, April 28, 2012

laptop Makin Nipis

Berita Harian Online | Makin Nipis . 

Makin Nipis

oleh Zef Othman

2012/03/02

pix_gal0
MAHUKAN komputer notebook nipis yang menepati keperluan anda untuk dibawa ke mana saja, dilengkapi sistem berprestasi tinggi? 

Toshiba Portege siri Z830 adalah jawapannya.
Dilancarkan pada penghujung 2011, Z830 adalah sistem ultrabook Toshiba terbaru yang dilengkapi prosesor Intel Core generasi kedua.
Keupayaan Toshiba membangunkan produk seberat 1.12 kilogram dan setebal 15.9 milimeter sesuatu yang dinantikan pengguna segmen perniagaan atau pelajar yang sentiasa bergerak. 

Rekaannya bukan sekadar nipis dan ringan, Z830 dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti tinggi, aloi magnesium bagi memastikan ia ringan. 

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa rekaan berasaskan ciri ‘Honeycomb Rib’ dan struktur dalaman baru yang mampu menawarkan aspek keselamatan menerusi penyerapan gegaran. 

Teknologi EasyGuard Toshiba pula direka bagi menepati ciri keselamatan, kebergantungan dan kukuh yang sering menjadi isu utama di kalangan pengguna. 
Sementara itu, dari segi prestasi Z830 didatangkan dengan memori DDR3 pantas, pengurusan operasi yang mampu meningkatkan jangka hayat bateri dan pemacu 128GB. 

Bagi sambungan port pula, ia dilengkapi antara lebih versatil iaitu Bluetooth, WLAN, VGA, HDMI dan beberapa ruangan USB 3.0. 

Pengalaman multimedia bagi siri terbaru Toshiba itu membanggakan apabila ia dibangunkan dengan paparan definisi tinggi (HD) cerah 13.3 inci. 

Apabila dinilai menerusi aspek penyampaiannya, sistem audio siri berkenaan dipertingkatkan dengan pembesar suara bertenaga yang beroperasi selari dengan Teknologi Peningkatan Audio Toshiba. 

Ia bermakna, pengalaman mendengar muzik, menonton video dan perbualan video lebih mengasyikkan.

No comments: